Sunday, October 18, 2009

PAPADOM

Salam sayang dari Pencinta Lelaki,
PL telah menonton filem Papadom, dan filem ini telah berjaya membuat PL tertawa dari mula cerita, sehingga ke akhirnya...
Ada beberapa dialog yang menarik hati yang, yang PL ingin kongsikan.
1) Prof. Balkish : Awak tak macam tukang kebun lain. Awak ni lain.
Saadom : Berapa ramai tukang kebun yang awak kenal?
2) Rahmat : Ini namanya Singa Inspirasi. Awak ambil-lah. Saya dah tak perlukan dia lagi.
Miasara : Kenapa? Rahmat : Sebab saya dah ada inspirasi lain, awak inspirasi saya. Miasara : Awak ni poyo la. (Rahmat buat muka sedih,lawak sangat muka Que Haidar time ni) Miasara : Ok la, poyo tapi comel..
3) Adegan Dom menahan kaki Shasha, dia nak terjatuh. Lawak sangat time ni... hehe.
4) Adegan Moon menari masa Prof. tunjukkan thumb up, kiranya Miasara tak dibuang dari UiTM. Lawak sangat adegan ni. Senang kata, kehadiran Moon selepas Moon meninggal dalam filem ni, macam dalam cerita Hindustan, Kuch Kuch Hota Hai... Adegan Dom berbual dengan Moon, lepas Moon dah meninggal... semua adegan ni memang lawak ...
Pada kesempatan ini, PL ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penerbit dan pengarah yang telah memilih Noorkhiriah dalam drama-drama dan filem-filem terbitan mereka. Noorkhiriah sebelum ini kurang menonjol, hanya memegang watak sampingan dan kini Noorkhiriah berjaya memegang watak utama dalam drama-drama dan filem terbaru. Semoga Noorkhiriah akan lebih berjaya lagi selepas ini...
Terima kasih, Afdlin Shauki kerana berjaya menghasilkan karya yang bermutu, menarik dan cemerlang.
Sekian... Sokonglah industri hiburan tanah air. Filem Papadom adalah filem WAJIB TAYANG, dan WAJIB TONTON! =)

1 comment: