Sunday, November 15, 2009

Taufik Ditembak Sampai Mati

Salam, semua pembaca blog Pencinta Lelaki...
PL amat tersentuh apabila membaca Harian Metro hari ini, mengenai seorang pemuda TAMPAN yang mati akibat ditembak oleh polis.
PL tidak faham bagaimana polis tidak mampu menangkap Taufik kalau benar dia benar2 membahayakan sehingga mecederakan kawannya. Kawannya telah meninggalkannya di Alor Setar menyebabkan beliau berjalan sejauh 50km untuk kembali ke tempat asalnya... PL lebih berminat nak tahu apa punca kawan dia meninggalkannya di Alor Setar?
Apa yang membuat PL bingung, Taufik telah pergi ke Balai Polis, memberitahu polis bahawa beliau ingin membunuh kawannya. Kenapa tak tangkap Taufik pada masa tersebut?
Mengapa polis perlu menembak dada, sampai pemuda tersebut meninggal dunia? Tembaklah kaki, atau tangkaplah dia... bawa dia ke Jabatan Kecemasan kerana mendatangkan bahaya kepada orang lain, rujuklah dia kepada Jabatan Psikiatrik, atau tahan reman pun takpe. Mengapa perlu bunuh Taufik????????
PL cadangkan pasukan polis muhasabah diri, mengapa perlu di 'bunuh' Taufik. Adakah itu jalan terakhir?
Bayangkan Taufik ialah abang, atau adik, atau kawan baik anda, atau diri anda sendiri ...
Fikir-fikirkan ...

No comments:

Post a Comment