Selamat Datang Ke Blog Pencinta Lelaki. Buatlah Macam Rumah Sendiri, Ya!!!! =)

Khusus untuk sesiapa sahaja yang menyukai, dan menyintai lelaki. Penulis blog ini amat menyukai lelaki yang baik hati, berfikiran terbuka dan merendah diri.

Gambar-gambar yang berada di dalam blog ini adalah lelaki-lelaki yang penulis blog ini minati. Sekiranya gambar anda terselit dalam blog ini, dan anda mahu saya buang gambar anda dari blog ini, sila nyatakan tajuk dan tarikh yang berkenaan.

Sebarang cadangan dan pendapat sila hubungi tentangakukaudandia@yahoo.com

Followers

Haiya 'Alassolah ...

Sekiranya anda seorang gay, sila nyatakan posisi anda?

Tuesday, September 29, 2009

Zaquan Adha


Sensasi Derma Organ

ARKIB : 09/10/2007

UTUSAN MALAYSIA

Sensasi derma organ

Oleh SHAIKH MOHD. SAIFUDDEEN SHAIKH MOHD. SALLEH

Subjek pendermaan organ dan tisu adalah satu perkara yang amat hampir dengan diri penulis. Segala-galanya bermula pada tahun 1998 apabila penulis diberi tugasan untuk memberikan maklumat mengenai perspektif Islam terhadap pendermaan organ.

Kini ia menjadi satu perjuangan peribadi. Setiap kali diminta oleh pihak Pusat Sumber Transplan Nasional (NTRC), Institut Jantung Negara (IJN) atau mana-mana pihak yang berkaitan untuk memberikan penerangan tentang isu ini, penulis tidak pernah menolak jika tidak bertindih dengan program lain. Ini kerana penulis melihat isu ini sebagai amat penting dan perlu sentiasa diketengahkan kepada masyarakat.

Sememangnya suatu perkara yang didambakan oleh kami yang berusaha untuk memberikan maklumat tepat tentang pendermaan organ adalah penglibatan pihak media massa. Tidak dinafikan media massa memainkan satu peranan yang besar dalam menjayakan kempen seumpama itu. Ini kerana capaian media massa adalah begitu meluas. Justeru, kerjasama pihak media memang diperlukan.

Peranan yang dimainkan oleh media massa amat jelas. Tanpa penglibatan media massa baik media cetak mahupun media elektronik, orang ramai mungkin tidak akan sedar tentang kepentingan pendermaan organ dalam menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukan. Pemindahan organ adalah satu ikhtiar bagi pesakit-pesakit yang mengalami kegagalan organ peringkat akhir. Ia memberi sinar harapan baru kepada pesakit-pesakit seperti Muhammad Fikri Nor Azmi dan Tee Hui Yee.

Pun begitu, kita dapati bahawa isu pendermaan organ ini seolah-olah seperti isu yang bermusim yang ada pasang surutnya.

Namun pada hakikatnya, keperluan terhadap pendermaan organ bukanlah satu isu yang bermusim. Seperti yang telah dilaporkan, setiap tahun negara memerlukan sehingga 1,200 buah pinggang, 700 kornea mata, 450 jantung dan 200 hati untuk dipindahkan kepada pesakit-pesakit yang memerlukan. Ini adalah realiti yang berlaku saban hari. Penantian pesakit-pesakit ini berterusan setiap hari sehinggalah mereka menerima organ dan tisu baru. Itu pun jika mereka bernasib baik. Ada di antara pesakit-pesakit yang mengalami kegagalan organ peringkat akhir yang menemui ajal kerana ketiadaan organ untuk dipindahkan bagi menggantikan organ mereka yang telah rosak.

Justeru, menjadi suatu kewajaran agar berita tentang keperluan kepada pendermaan organ ini dihebahkan dan diserantakan secara berterusan dan bukannya secara bermusim. Penghebahan dan penyerantaan secara berterusan ini akan membantu mewujudkan dan seterusnya meningkatkan kesedaran tentang penderitaan segelintir ahli masyarakat yang amat mengharapkan agar ada insan yang prihatin untuk mendermakan organ.

Bagaimanapun, usaha yang dijalankan oleh pihak media terutamanya Utusan Malaysia dalam menghebahkan berita tentang nasib Tee Hui Yee perlu dipuji. Apa yang disampaikan di dada akhbar Utusan Malaysia itu seperti satu terapi kejutan kepada masyarakat. Bagi mereka yang mungkin tidak sedar langsung tentang kepentingan rawatan pemindahan organ yang memerlukan kepada pendermaan organ, berita seperti ini boleh mengejutkan mereka daripada lena.

Cuma yang penulis harapkan adalah wujud kesederhanaan di pihak pengamal media di negara kita ketika mengejar sesuatu berita. Kita tidak nafikan wujudnya kepentingan dan keperluan pengamal media untuk mendapatkan berita bagi diuar-uarkan kepada ahli masyarakat. Janganlah terlalu ghairah melupakan sensitiviti dan emosi mereka yang terlibat secara langsung dengan perkara tersebut.

Penulis tidak nafikan kepentingan untuk menonjolkan contoh-contoh terpuji dalam masyarakat. Tindakan menderma organ seperti yang dilakukan oleh keluarga di Perak sememangnya suatu tindakan yang mulia. Dan pastinya kisah seperti ini perlu dihebahkan sebagai teladan dan contoh ikutan.

Bagaimanapun, mereka juga insan yang punya perasaan. Carilah masa dan keadaan yang sesuai untuk mengetengahkan kisah mereka. Jika kita tidak melihat pendermaan organ sebagai isu bermusim, penulis yakin kisah seperti ini boleh diceritakan pada bila-bila masa. Tunggulah sehingga mereka bersedia.

Namun, jika ahli keluarga ini memilih untuk tidak menghebahkan amal kebajikan mereka, seharusnya kita hormati pendirian mereka. Ini kerana amalan kebajikan seharusnya tidak diheboh-hebohkan.

Dalam kita berusaha untuk menyebarluaskan berita tentang pendermaan organ, perlu ada keseimbangan dan kesederhanaan. Jangan terlalu ghairah dan jangan pula terlalu dingin dengan isu pendermaan organ. Jangan pula sampai tugas penting yang dijalankan oleh pasukan perubatan terganggu. Pasukan perubatan ini melakukan satu tugas yang penuh mulia. Biarlah mereka menjalankan tugas mereka dengan tenang dan tanpa gangguan.

Bagi pengamal media, penulis syorkan supaya menanti kenyataan rasmi dan sidang media yang dibuat oleh pihak yang berkaitan.

Bagi penulis, usaha penyerantaan mengenai isu pendermaan organ tidak wajar disensasikan oleh sesiapa. Pendermaan organ adalah satu tindakan yang mulia dan terpuji yang dilakukan dengan ikhlas untuk menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukan organ tersebut. Andai kita semua memahami hakikat ini, kita akan dapat melihat isu pendermaan organ ini sebagai satu isu yang perlu ditangani dengan penuh tanggungjawab, berhemah dan berhikmah oleh semua pihak.

* SHAIKH MOHD. SAIFUDDEEN SHAIKH MOHD. SALLEH ialah Pengarah Eksekutif, Yayasan Ilmuwan yang giat menjalankan kempen derma organ.

Jadikan Amalan Menderma Organ Seperti Menderma Darah

ARKIB : 04/11/2006

Jadikan amalan menderma organ seperti menderma darah

Oleh ZIN MAHMUD (WARTAWAN UTUSAN)

BENAR seperti kata Ketua Penyelaras Pusat Sumber Pemindahan Organ Kebangsaan (NRTC) Hospital Kuala Lumpur, Dr. Lela Yasmin Mansor bahawa orang ramai tidak selesa membincangkan isu yang melibatkan kematian, justeru menimbulkan salah faham mengenai pendermaan organ.

Maka kesannya orang ramai takut hendak menderma ginjal hingga menyebabkan banyak pesakit buah pinggang tidak dapat diselamatkan.

Tetapi bayangkan senario di sebaliknya. Jika orang ramai selesa untuk membincangkan tentang kematian secara terbuka, maka kefahaman mengenai pendermaan organ akan lebih meluas dan mendalam. Akibatnya pula, orang ramai akan lebih bersedia untuk menderma organ khususnya ginjal mereka.

Hasilnya, lebih banyak pesakit buah pinggang akan terselamat dan dapat menyambung hidup lebih lama lagi. Walaupun sememangnya pada akhirnya, manusia akan semuanya mati.

Kemampuan manusia memindahkan ginjal kepada pesakit buah pinggang dan selanjutnya menyelamatkan nyawa merupakan hasil daripada penemuan dan pemahaman dalam bidang sains perubatan dan teknologi.

Sebelum munculnya kepandaian ini, pesakit buah pinggang tidak mempunyai pilihan lain untuk selamat dan terpaksa menerima kematian akibat penyakit itu.

Tetapi sebelum munculnya sains perubatan dan teknologi, manusia sudah lama mengenal agama. Selamat untuk dinyatakan bahawa sejak wujudnya manusia, maka agama sudah bersama mereka, walaupun dalam apa jua bentuk, primitif ataupun berfalsafah.

Begitu juga dengan kematian. Sejak muncul manusia, pastinya mereka sedar tentang kematian. Misteri kematian cuba dijelaskan dalam pelbagai cara, sama ada mitos atau legenda, tetapi akhirnya agama yang menjelaskan mengenai kematian dengan selesa.

Malah kematian dan pemahaman agama adalah sehubungan. Tidak keterlaluan untuk menyatakan bahawa agama wujud untuk menjelaskan kematian.

Apa saja ajaran agama mengenai kehidupan adalah akhirnya untuk menempatkan kedudukan manusia semasa kematiannya.

Maka Islam juga membincangkan mengenai kematian secara luas dan mendalam. Kematian sudah tidak menjadi misteri dalam Islam. Ia dijelaskan hingga menyebabkan isu kematian selesa untuk dibincangkan dan difahami.

Mengenai pemindahan dan pendermaan organ, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) telah banyak membincangkan perkara ini dan menggalakkan umat Islam menderma organ.

Langkah menderma organ bukan saja dibolehkan tetapi juga digalakkan sebagai suatu amalan kebajikan yang mendatangkan pahala kepada pendermanya.

Dalam perbincangan di kalangan ahli-ahli agama atau golongan terpelajar, pada hemat saya, ia dilakukan dengan selesa dan umumnya orang Islam dapat menerima tentang kebaikan dan keperluan menderma organ.

Terdedah

Ketidakselesaan timbul apabila sampai kepada hendak melakukannya di kalangan orang ramai yang sudah tentu tidak banyak terdedah kepada perbincangan mengenainya.

Ada pihak mencadangkan supaya ceramah-ceramah dan khutbah menghebahkan mesej pendermaan organ ke tengah-tengah masyarakat supaya orang ramai akhirnya dapat menerima hakikat ini dan lebih penting lagi bertindak untuk menderma organ.

Tetapi saya percaya perbincangan, ceramah dan khutbah tidak mencukupi dan kurang berkesan. Langkah menderma organ memerlukan contoh praktikal dan lebih ketara lagi ialah keperluan satu gerakan menggalakkan pendermaan organ.

Cuba lihat bagaimana program derma darah. Di satu segi, gerakan kesedaran bagi menderma darah sudah mencapai kejayaan dengan orang ramai tidak berasa bermasalah untuk menderma darah.

Pada awalnya, galakan bagi menderma darah juga sukar untuk mencapai kejayaan. Tetapi setelah bertahun-tahun gerakan ini berjalan, maka akhirnya ia mencapai keadaan yang ada sekarang.

Itu pun pada masa-masa tertentu, di sesetengah kalangan, derma darah ini turut menjadi satu fobia.

Apatah lagi dengan menderma organ yang melibatkan soal kematian dan jenazah.

Kalau dulu dengan darah ditimbulkan soal darah bercampur. Sama ada haram atau halal. Kalau makanan dianggap jadi darah daging, maka dibimbangi pencampuran darah. Tetapi kini sains menunjukkan bahawa darah hanyalah sel-sel merah dan putih yang boleh dicampur serta tidak berkaitan dengan soal etika.

Kebaikan terletak pada menyelamatkan manusia. Soal makanan haram dan halal adalah bersifat agama dan etika, ia tidak berkait dengan percampuran darah. Sebaliknya membiarkan manusia sakit atau mati kerana keengganan menderma darah adalah satu keburukan dan dosa.

Begitu juga dengan pemindahan dan pendermaan organ. Hujah bahawa memindah organ merupakan menyeksa mayat tidak kena pada tempatnya.

Jenazah mesti dihormati kerana ia merupakan maruah manusia. Merosakkan mayat merupakan perbuatan yang tidak beretika dan tentunya dilarang Islam.

Tetapi memindahkan organ sebagai derma bukanlah merosakkan mayat. Ia merupakan satu kebaikan kerana ia menyelamatkan manusia yang lain. Kebaikan ini jelas.

Sedangkan apabila jenazah itu dikebumikan, pastinya jasad itu akan hancur dimamah oleh ulat, bakteria dan segala makhluk dalam tanah yang mahu mengambil semua bahan-bahan dalam tubuh manusia. Begitu juga dengan organ manusia seperti ginjal.

Sedangkan daripada menyerahkan organ itu kepada makhluk-makhluk tanah itu, adalah suatu kebaikan jika ia dapat terus hidup untuk dipindahkan kepada manusia yang memerlukannya

Bagaimana Cara Untuk Mendapatkan Maklumat Lanjut?

Persatuan Transplan Malaysia
http://www.mst.org.my/main.html

Pusat Sumber Transplan Nasional
http://www.agiftoflife.gov.my

Buku:
Pemindahan Organ dan Pelaksanaannya di Malaysia
Dr. Basri Bin Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari
Penerbit Al-Hidayah
Cetakan Pertama 2004
Harga: RM40.00
http://www.hidayah.com.my

Bagaimana Cara Untuk Menyokong dan Mempromosikan Pendermaan Organ ?

Sebagai tanda sokongan, anda digalakkan untuk membincangkan perkara yang berhubung dengan pendermaan organ bersama rakan, keluarga dan mereka yang berhubung rapat dengan anda bagi mengembangkan maklumat yang telah anda terima.

Sebagai seorang pengikrar pendermaan organ, anda boleh turut serta menjayakan program yang dijalankan. Anda boleh membuat semakan setiap kempen yang Pusat Sumber Transplan Nasional (PSTN) jalankan di ruangan program terkini di halaman utama.

Anda juga boleh menganjurkan kempen pendermaan organ di tempat kerja ataupun syarikat ditempat anda berkhidmat untuk mempromosikannya sebagai tanda sokongan anda. Bagi tujuan tersebut, anda boleh terus berhubung dengan kami melalui Pegawai Sumber Transplan yang bertugas di Pusat Sumber Transplan Nasional. Anda boleh menghubungi PSTN di nombor talian 03-26942705.

Sama-samalah kita membantu, dan menyokong mereka yang memerlukan! =)

Bagaimana Cara Untuk Menderma Organ Setelah Meninggal Dunia ?

Anda boleh muat turun dan cetak borang di:

http://www.agiftoflife.gov.my/pdf/donationform-BM.pdf

Isikan maklumat diri anda dan pilihan organ atau tisu yang hendak didermakan, nama waris serta tandatangan anda. Borang yang telah diisikan dan ditandatangani boleh dihantarkan ke Pusat Sumber Transplan Nasional di alamat atau di nombor fax seperti dibawah;


Pusat Sumber Transplan Nasional
Hospital Kuala Lumpur
Jalan Pahang
50586 Kuala Lumpur
Nombor Faks: 03-26156269

Anda juga boleh berhubung dengan Pusat Sumber Transplan Nasional melalui talian toll free 1-800-88-9080 untuk mendapatkan borang pendaftaran. Kad Penderma akan dihantar kemudian dan perlu diisi dan ditandatangani. Kad ini mesti disimpan bersama anda dengan kad pengenalan anda setiap masa.




Anda perlu memberitahu keluarga tentang pendaftaran anda sebagai pengikrar penderma organ supaya niat murni anda akan tercapai kelak. Ia memudahkan keluarga anda untuk membenarkan pendermaan organ dan tisu anda bila tiba masanya nanti selepas kematian.

Mereka yang berumur dibawah 18 tahun perlu mendapat kebenaran bertulis daripada ibu-bapa atau penjaga untuk berdaftar sebagai pengikrar penderma organ.

Pendaftaran untuk menjadi pengikrar penderma organ tidak melibatkan sebarang pembayaran atau pemeriksaan kesihatan.

Mitos Mengenai Pendermaan Organ

Mati otak itu sama seperti koma

Kebanyakan waris pesakit yang mati otak beranggapan mati otak itu bermakna koma dan pesakit masih mempunyai harapan untuk sembuh semula kerana pesakit kelihatan seperti masih bernafas dan jantung masih berdegup.

Pada hakikatnya, Mati otak itu adalah satu kematian. Pesakit yang mati otak tidak menunjukkan apa-apa tindak balas dan tidak bernafas tetapi diberi pernafasan oleh mesin pernafasan ( ventilator ). Manakala koma pula, pesakit tidak sedar tetapi masih mempunyai tindakbalas yang menandakan orang itu masih hidup dan masih boleh bernafas sendiri walaupun mungkin memerlukan bantuan mesin. Untuk maklumat lanjut tentang mati otak, klik di sini.
Adakah pemindahan organ menyalahi undang-undang?

Ada juga waris takut pendermaan organ akan menyalahi undang-undang di Malaysia. Sebenarnya, akta tisu 1974 membenarkan penggunaan bahagian tubuh anggota orang yang telah meninggal dunia untuk tujuan perubatan, pendidikan dan penyelidikan perubatan. Namun ia masih memerlukan perundingan dan kebenaran daripada keluarga waris si mati. Malaysia mengamalkan opting-in law yang mana membenarkan perolehan organ seseorang selepas kematian sekiranya beliau menyatakan secara bertulis atau lisan, sewaktu beliau masih hidup dan mendapat kebenaran dari waris.
Agama Islam tidak membenarkan pendermaan organ

Ada juga waris menyatakan faktor agama menjadi penghalang kepada pendermaan organ. Dari perspektif Islam, pemindahan organ diharuskan dengan syarat tidak ada alternatif lain yang boleh menyelamatkan nyawa pesakit. Di samping itu, kaedah rawatan ini juga diharuskan sekiranya tidak mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada penerima atau penderma organ (sekiranya penderma masih hidup). Islam juga mensyaratkan pendermaan organ dilakukan secara ikhlas dengan niat untuk membantu orang lain semata-mata kerana Allah s.w.t. dan bukannya bagi tujuan untuk mendapatkan ganjaran, habuan, populariti atau glamor. Organ dan tisu juga tidak boleh diperniagakan kerana Islam melihat jual beli organ dan tisu sebagai suatu perkara yang haram. Pendermaan organ juga perlu mendapat izin dan persetujuan penderma, yakni pendermaan organ tidak boleh dilakukan kerana dipaksa.

Adakah ia akan mencacatkan keadaan mayat?

Perolehan organ tidak akan menjejas rupa bentuk tubuh atau menyebabkan kecacatan fizikal. Sekiranya organ dalaman diperolehi, apa yang nampak hanyalah luka pembedahan yang telah dijahit dengan sempurna di dada dan abdomen. Begitu juga sekiranya mata didermakan, ia akan digantikan dengan kapas dan kelopak mata akan dijahit dengan teliti seakan-akan penderma itu tidur. Bagi pendermaan tulang, hanya tulang panjang dari kaki dan tangan akan diambil dan ia akan digantikan dengan tulang palsu dan luka dijahit dengan rapi seperti luka pembedahan biasa.

Etika dan Perundangan Pendermaan Organ

Pendermaan Organ selepas kematian adalah dibenarkan dari segi perundangan.

Akta Tisu Manusia 1974
• Akta yang membenarkan penggunaan bahagian tubuh anggota orang yang telah meninggal dunia untuk tujuan perubatan, pendidikan dan penyelidikan perubatan.
• Memerlukan Perundingan dan kebenaran daripada keluarga waris si mati.

Malaysia mengamalkan kaedah “Opting- in Type Law”
Membenarkan pengambilan organ daripada seseorang selepas kematian sekiranya:
• Si mati telah menyatakan secara bertulis atau lisan, sewaktu dia hidup bagi mendermakan organnya selepas dia mati.
• Mendapat kebanaran dari waris.

Pendermaan Semasa Hidup

Pedermaan semasa hidup

Pendermaan semasa hidup hanya boleh di lakukan untuk pendermaan satu buah pinggang atau sebahagian hati dan terhad kepada ahli keluarga yang terdekat sahaja atau mereka yang mempunyai hubungan emosi seperti suami isteri kerana ia melibatkan pembedahan dan pembiusan, pendermaan hidup ada mempunyai risiko walaupun risikonya rendah dan penderma mesti menjalani pemeriksaan dan penilaian kesihatan yang terperinci untuk menentukan risiko proses itu di tahap paling minima dan beliau mempunyai keserasian kumpulan darah dan tisu yang paling baik dengan penerima. Penderma, walaupun dari kalangan keluarga , akan diberi kaunseling untuk menentukan beliau waras dan faham tentang risiko pendermaan bukan saja dari segi kesihatan tetapi juga dari segi socio-ekonomi dan pendermaan dilakukan dengan ikhlas tanpa paksaan atau bayaran serta penderma diberi peluang untuk menarik balik keputusannya sekiranya beliau berhajat sedemikian. Pendermaan hidup tidak dibenarkan dari kalangan kanak -kanak bawah umur ataupun dari orang yang tidak waras melainkan untuk pendermaan sum-sum tulang.

Pendermaan hidup dari penderma yang tidak ada kaitan keluarga
Pendermaan hidup dari penderma yang tidak ada kaitan keluarga adalah tidak dibenarkan melainkan dalam keadaan di mana pesakit yang kegagalan organ itu berhadapan maut dan dia tidak mempunyai penderma hidup dari kalangan keluarga ataupun penderma kadaverik dan tidak ada rawatan alternatif untuk menyelamatkan nyawa pesakit itu dan ini hanya terhad bagi pendermaan hati. Penderma seumpama ini perlu memohon mendapatkan kelulusan dari Jawatankuasa UTAC yang akan mempertimbangkan setiap kes berdasarkan laporan penilaian yang dibuat oleh satu panel "Donor Advocate" yang terdiri dari seorang doktor bukan dari bidang transplan, seorang pakar psikiatri dan pegawai kebajikkan. Panel ini akan menilai sama ada penderma waras dan faham tentang risiko pendermaannya dari segi kesihatan dan socio-ekonomi dan pendermaan dilakukan atas dasar keikhlasan tanpa paksaan atau bayaran serta penderma diberi peluang untuk menarik balik keputusannya sekiranya beliau berhajat demikian.

Pendermaan Kadaverik

Pendermaan Kadaverik

Pendermaan kadaverik bermaksud pendermaan selepas kematian. Pendermaan ini amat digalakkan kerana ia tidak menyebabkan apa-apa risiko kepada penderma disamping pelbagai jenis organ dan tisu dapat didermakan yang memberi manfaat kepada ramai penerima yang memerlukan transplan. Malaysia juga mempunyai bilangan kematian akibat kemalangan jalan raya yang tinggi yang kebanyakannya melibatkan mangsa yang keadaan kesihatan yang baik. Sekiranya separuh dari bilangan waris kepada si mati ini bersetuju untuk mendermakan organ dan tisu, tiada lagi pesakit yang berhadapan maut kerana kegagalan organ mereka terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan pemindahan organ dan tiada penderma hidup perlu menjalani risiko satu pembedahan yang mereka tidak perlukan untuk menyelamatkan nyawa orang kesayangan mereka.

Organ dan Tisu yang boleh didermakan oleh penderma kadaverik mati otak

Penderma yang mati otak berupaya untuk menderma banyak organ dan tisu untuk memenfaatkan ramai pesakit yang memerlukan untuk menyelamatkan nyawa dan menyempurnakan hidup mereka. Penderma yang menderma dua buah pinggang boleh membantu empat orang yang kegagalan organ iaitu; dua orang yang menerima organ yang di transplankan dan dua orang lagi yang mendapat tempat didalam program dialisis yang telah dikosongkan oleh penerima. Sekiranya penderma menderma jantung, paru-paru dan hati, tiga atau empat orang lagi akan mendapat harapan untuk hidup. Pendermaan mata akan memberi penglihatan kepada dua orang yang buta kerana kerosakan kornea, dan tulang yang di dermakan boleh memanfaatkan sehingga dua puluh hingga tiga puluh orang yang memerlukan graf tulang untuk menggantikan bahagian tulang yang perlu di buang oleh kerana barah dan sekali gus menyelamatkan anggota kaki atau tangan pesakit barah tulang itu. Pendermaan kulit yang di gunakan untuk menampal bahagian badan pesakit yang kehilangan kulit akibat kebakaran atau kelecuran boleh membantu penyembuhan dan mengurangkan sakit serta risiko jangkitan kuman yang boleh mengancam nyawa.

Pendermaan Tisu Daripada Penderma Jantung Terhenti

Sesiapa yang meninggal secara biasa akibat jantung terhenti boleh menjadi penderma tisu. Mereka yang meninggal di hospital boleh mendermakan semua jenis tisu. Orang yang meninggal di rumah hanya boleh mendermakan kornea/ mata. Bagi tujuan pendermaan mata di rumah pihak keluarga si mati boleh menghubungi hospital kerajaan terdekat atau menghubungi talian bebas 1-800-88-9080 (tekan 3) untuk di sambungkan terus kepada koordinator transplan yang akan mengurus untuk menhantar satu pasukan perolehan mata ke rumah penderma untuk mendapatkan kebenaran dan sejarah risiko kesihatan si mati serta menjalankan proses perolehan mata itu. Sesiapa sahaja boleh menjadi penderma tisu kecuali mereka yang mengamalkan gaya hidup yang berisiko.dan mempunyai penyakit berjangkit seperti HIV, siflis, hepatitis dan sebagainya.

Pemindahan Organ - Pengenalan

Transplantasi atau pemindahan organ adalah satu kaedah rawatan yang terbukti paling baik dan menyelamatkan nyawa bagi pesakit yang mengalami kegagalan organ di peringkat akhir, di mana organ yang rosak itu digantikan dengan organ yang masih berfungsi daripada orang lain. Organ yang boleh dipindahkan adalah seperti jantung, paru-paru, buah pinggang ( ginjal ) dan hati . Buat masa ini pemindahan pankreas belum lagi dimulakan di Malaysia.

Organ yang dipindahkan diperolehi dengan kebenaran waris daripada penderma yang telah meninggal dunia ( penderma kadaverik ) yang organnya masih lagi boleh diguna pakai. Bagi pemindahan buah pinggang atau hati, pendermaan organ daripada orang yang hidup juga boleh dilakukan tetapi hanya dibenarkan daripada kalangan keluarga sahaja.

Selepas pemindahan organ, penerima organ boleh kembali pulih dan menjalani kehidupan yang normal.

Transplantasi organ daripada penderma mati otak
Hanya penderma yang mati secara mati otak dapat menderma organ. Kematian otak akan disahkan oleh dua orang pakar doktor yang bertauliah yang tidak terlibat di dalam pendermaan dan transplantasi organ. Pembedahan bagi perolehan organ tersebut hanya boleh dilakukan setelah mendapat persetujuan ataupun kebenaran secara bertulis daripada waris yang terdekat.

Ujian makmal
Hanya organ yang masih berfungsi serta bebas dari kanser dan penyakit-penyakit berjangkit seperti HIV, Hepatitis B dan C, sifilis dan sesuai dengan bakal penerima organ sahaja akan diperolehi dan di transplantasikan. Oleh yang demikian, pelbagai jenis ujian akan dilakukan terlebih dahulu ke atas penderma dan juga penerima bagi menentukan keadaan organ serta keserasiannya terhadap calon-calon yang akan menerima organ tersebut sebelum organ dipindahkan.

Risiko penolakkan
Oleh kerana organ yang dipindahkan dianggap sebagai bendasing di dalam tubuh penerima, risiko penolakan boleh berlaku dari selepas pemindahan sehingga akhir hayat penerima organ tersebut. Bagi mengurangkan risiko tersebut penerima mesti mengambil beberapa jenis ubat anti penolakkan seumur hidup yang boleh melemahkan sistem pertahanan tubuh badan penerima organ. Penerima boleh menikmati kehidupan yang normal tetapi adalah amat penting mempraktikkan cara hidup yang sihat dan menjaga kebersihan diri serta pemakanan bagi mengelak risiko jangkitan kuman yang boleh menyebabkan jangkitan yang serius.

Pendermaan Organ dan Pendermaan Darah

Salam ....

Apa khabar kawan-kawan ?

PL amat berminat dengan isu pendermaan organ, dan pendermaan organ.

Sekiranya anda mempunyai sebarang info, atau pendapat yang ingin dikongsikan bersama PL, boleh hubungi PL melalui email, tentangakukaudandia@yahoo.com

PL sedang mencari seberapa banyak maklumat tentang Pendermaan Organ dan Pendermaan Darah, supaya kita dapat kongsi seberapa banyak maklumat tentang program ini.

Sekian, terima kasih ...

Salam Sayang, Rindu, Salam Kecemerlangan! =)

Pencinta Lelaki
Related Posts with Thumbnails