Selamat Datang Ke Blog Pencinta Lelaki. Buatlah Macam Rumah Sendiri, Ya!!!! =)

Khusus untuk sesiapa sahaja yang menyukai, dan menyintai lelaki. Penulis blog ini amat menyukai lelaki yang baik hati, berfikiran terbuka dan merendah diri.

Gambar-gambar yang berada di dalam blog ini adalah lelaki-lelaki yang penulis blog ini minati. Sekiranya gambar anda terselit dalam blog ini, dan anda mahu saya buang gambar anda dari blog ini, sila nyatakan tajuk dan tarikh yang berkenaan.

Sebarang cadangan dan pendapat sila hubungi tentangakukaudandia@yahoo.com

Followers

Haiya 'Alassolah ...

Sekiranya anda seorang gay, sila nyatakan posisi anda?

Sunday, October 04, 2009

Muda vs Tua

Salam....

PL nak tanya pendapat anda tentang pasangan kekasih, atau suami isteri yang berbeza usia 5 tahun atau lebih... Samada lelaki lebih tua, atau perempuan yang yang lebih tua...tidak kisah lah.

Yang penting, apa pendapat anda ?

Zikry


Mike Muliadro


Dimas Aditya


Anjasmara


Lagu

Salam para pembaca blog Pencinta Lelaki,

Walau di mana jua anda berada, PL nak ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi melawat blog ini. PL ingin bertanya pendapat anda tentang lagu INGIN KAMU di dalam blog ini. Adakah PL perlu kekalkan lagu ini, atau tukar kepada lagu lain, atau buang sahaja lagu dalam blog ini ?

Cadangan dan pendapat anda amat PL alu-alukan ...

Sekian, Salam Sayang dari Pencinta Lelaki... =) mmmuah!

Bersama Pakar Urologi Prof Madya Dr Zulkifli Md Zainuddin, Ketua Unit Urologi, Pusat Perubatan UKM, Cheras.

Soalan:

SAYA lelaki berusia 25 tahun dan mengalami masalah terlalu kerap kencing. Ada kalanya, dalam tempoh 10 minit, lebih lima kali saya berulang alik ke bilik air. Saya juga merasakan seperti mengalami kencing tidak lawas kerana rasa mahu kencing ada, tapi kadang kala hanya beberapa titik saja yang keluar.

Saya sudah mendapatkan rawatan UTI dan selepas diberi antibiotik selama selama seminggu, doktor mengesahkan air kencing saya bersih dari sebarang jangkitan.

Namun, masalah kencing tidak lawas dan kerap kencing masih membelenggu saya. Saya memohon bantuan doktor untuk menyelesaikan masalah ini.

Pemuda

JIKA anda mengalami masalah jangkitan kuman dalam pundi kencing, perbuatan kerap ke tandas adalah salah satu simptom jangkitan kuman pada saluran kencing.

Tanda-tanda lain ialah kencing pedih, panas, sakit pada ari-ari dan kadang kala demam. Bagaimanapun, jika saudara sudah mengambil antibiotik dan jangkitan kuman sudah dirawat tetapi masih kerap kencing, anda mungkin mengalami masalah yang dikenali sebagai pundi kencing terlalu aktif atau overactive bladder.

Masalah ini boleh bersifat sementara selepas jangkitan kuman dan boleh berlanjutan. Masalah ini kerap melanda golongan muda terutama wanita. Ia juga boleh melanda warga emas yang mempunyai masalah pembesaran kelenjar prostat.

Antara simptom pundi kencing aktif ialah:


  • Kerap kencing (lebih lapan kali sehari)


  • Tidak dapat menahan kencing 



  • Sakit pada bahagian bahagian ari-ari apabila menahan kencing


  • Mengalami kebocoran air kencing apabila menahan kencing

    Masalah ini timbul akibat pundi kencing yang tidak berupaya menakung air kencing pada kapasiti normal. Untuk pengetahuan saudara, pundi kencing boleh menakung sebanyak 300 hingga 350 mililiter (ml) air kencing sebelum seseorang terasa mahu membuang air kecil.

    Bagi masalah pundi kencing aktif, pundi kencing hanya mampu menakung 100 ml air kencing atau kurang daripada jumlah itu. Sebelum diagnosis overactive bladder dilakukan, seseorang pesakit perlu menjalani ujian air kencing untuk memastikan tiada masalah jangkitan kuman pada pundi kencing yang boleh mempunyai simptom sama.

    Pesakit juga perlu mengisi bladder diary iaitu mencatatkan jumlah air yang diminum, waktu air diminum, masa untuk pergi kencing dan jumlah air kencing yang keluar. Dalam diari ini, pesakit juga perlu beritahu apakah berlaku masalah kebocoran kencing apabila kencing ditahan.

    Lazimnya, bladder diary ini perlu dibuat dalam masa tiga hari. Ada pelbagai ubatan yang boleh digunakan untuk merawat pundi kencing aktif. Rawatan ubatan yang paling kerap digunakan di Malaysia adalah penggunaan ubat yang dikenali sebagai Tolteradine atau Detrusitol.

    Selain dari itu pesakit juga dinasihat mengamalkan senaman kegel untuk menguatkan otot pelvic. Minuman yang mengandungi kafein seperti kopi perlu dielak. Pesakit juga akan diajar teknik menahan dan menjarakkan masa ke tandas.

    Saya ingin menasihatkan saudara berjumpa pakar urologi untuk menyelesaikan masalah ini. Ini kerana, anda menyebut pernah mendapat jangkitan pundi kencing. Untuk makluman saudara, jangkitan pundi kencing jarang dialami lelaki muda seperti anda.

    Sehubungan itu, pemeriksaan lanjut perlu dibuat untuk mengetahui punca sebenar kenapa anda mengalami masalah jangkitan kuman pada pundi kencing.

  •  

    DOKTOR, saya seorang jejaka berusia 23 tahun. Saya mempunyai masalah tidak memiliki misai dan janggut. Mengapa ini berlaku? Saya berasa amat malu dan memerlukan bantuan doktor.

    Dalam Dilema

    ADA pelbagai faktor menyebabkan seseorang lelaki tidak mengalami ketumbuhan misai dan janggut. Salah satu faktor adalah bangsa dan keturunan.

    Jika dibandingkan dengan orang Caucasian, orang Asia mempunyai bulu pada muka dan badan yang jauh lebih kurang. Begitu juga dengan keturunan di mana sesetengahnya tidak tidak mempunyai banyak bulu pada muka dan badan berbanding bangsa lain.

    Namun begitu, faktor paling penting dalam menentukan kehadiran bulu pada muka dan badan pada diri lelaki adalah kehadiran hormon testosterone. Selain pertumbuhan misai, janggut dan bulu badan, hormon ini bertanggungjawab terhadap perkembangan ciri-ciri seksual sekunder pada seseorang lelaki.

    Proses pembentukan ciri-ciri sekunder ini mula dilihat apabila lelaki baligh. Ciri-ciri yang dimaksudkan adalah seperti pertumbuhan bulu ari-ari, bulu ketiak dan pada bahagian lain badan seperti lengan, kaki dan dada (bukan semua lelaki).

    Selain itu, pembesaran batang zakar; suara menjadi pecah dan garau serta otot menjadi lebih pejal. Untuk pengetahuan saudara, bulu ari-ari pada seseorang lelaki mempunyai bentuk yang dipanggil diamond shape manakala wanita berbentuk triangle terbalik.

    Ketiadaan misai dan janggut disertai kekurangan sifat seksual sekunder berkemungkinan besar disebabkan masalah hormon. Ada beberapa penyakit yang berkaitan dengan keabnormalan kromosom seperti Klinefelter Syndrome boleh juga berdepan masalah sama.

    Saudara perlu memeriksa diri dan pastikan apakah saudara mempunyai ciri-ciri seksual sekunder yang dinyatakan tadi. Saya juga menasihatkan saudara bertemu dengan pakar endokrinologi atau urologi untuk pemeriksaan.

    Beberapa pemeriksaan perlu dibuat termasuk secara fizikal. Selain itu, ujian ultrasound pada buah zakar bagi menentukan saiz sebenar buah zakar juga perlu dikendalikan.

    Pemeriksaan darah yang membabitkan pengukuran paras hormon testosterone dan paras beberapa hormon lain yang bertanggung jawab terhadap pertumbuhan dan perkembangan seksual lelaki seperti Follicle Stimulating Hormone ( FSH) dan Luteinizing Hormone (LH) juga perlu dilakukan.

    Sekiranya paras hormon testosterone rendah, ia boleh dirawat dengan memberi hormon itu.

    Sperma Bercampur Darah

    Soalan:

    SAYA berusia 20 tahun dan mempunyai masalah membabitkan sperma saya. Baru-baru ini, sperma saya keluar bersama dengan darah. Mungkin ini berlaku kerana saya kerap mengeluarkannya.

    Saya sangat bimbang dengan masalah yang saya hadapi ini. Bagaimana hendak menyembuhkannya? Perlukah saya berjumpa doktor? Jika tidak perlu berjumpa doktor, apa yang boleh saya lakukan? Berapa lama pula tempoh masalah ini boleh pulih? Tolong nasihat saya kerana masalah ini menyebabkan saya murung setiap hari.

    Mohon Bantuan

    Jawapan:
    MASALAH yang anda hadapi dikenali sebagai hematospermia. Sekali imbas, ia membimbangkan tetapi dalam banyak keadaan, ia tidak merbahaya. Saudara tidak perlu takut atau risau.

    Dalam kebanyakan kes, keadaan ini berlaku akibat pendarahan dari saluran darah yang kecil dalam saluran kencing (urethra) atau dalam kelenjar prostat. Ia boleh terjadi akibat trauma yang minor atau irritasi. Selain itu, sebab berlakunya hematospermia adalah seperti berikut:

    - Jangkitan kuman pada saluran kencing
    - Jangkitan kuman pada kelenjar prostat (prostatitis)
    - Penyakit transmisi seks seperti gonorrhea atau chlamydia
    - Masalah pembesaran kelenjar prostat (benign prostate hypertrophy)
    - Prosedur keatas kelenjar prostat seperti biopsy
    -Trauma kepada kelenjar prostat dan buah zakar
    - Kanser kelenjar prostat, seminal vesicle dan pundi kencing.

    Jika saudara melakukan onani sebelum itu dan tidak mempunyai tanda jangkitan kuman seperti kencing sakit, pedih atau pengeluaran cecair dari zakar, trauma akibat onani yang kasar boleh menyebabkan pendarahan saluran darah kecil pada sepanjang saluran urethra. Saudara juga tidak perlu bimbang mengenai kanser prostat kerana umur saudara baru 20 tahun.

    Dalam kebanyakan lelaki muda, masalah ini akan hilang dengan sendiri. Tetapi tempoh bergantung kepada individu. Bagi sesetengah individu, hanya satu pancutan air mani saja mengandungi darah tetapi bagi individu lain, warna air mani akan bertukar dari merah ke coklat. Air mani kemudian menjadi putih semula. Ini kadangkala mengambil masa beberapa minggu.

    Saya ingin menasihatkan saudara untuk berjumpa doktor. Ini kerana pemeriksaan fizikal dan air kencing perlu dibuat untuk memastikan tidak ada kehadiran jangkitan pada saluran urinari.


  • Jika masalah ini berlaku kepada lelaki yang sudah berumur atau jika ia berlarutan, pemeriksaan lebih lanjut perlu dilakukan. Ini termasuk pemeriksaan sistoskop;, pemeriksaan darah termasuk ujian Prostate Spesific Antigen (PSA); pemeriksaan ultrasound pada pundi kencing; ginjal dan prostat serta jika perlu, biopsi kelenjar prostat akan dilakukan.

    Bagaimanapun, dari pengalaman saya, dalam kebanyakan pesakit, pemeriksaan ini adalah normal. Dalam kebanyakan kes, punca sebenar pendarahan dalam air mani tidak diketahui.

  • Related Posts with Thumbnails