Selamat Datang Ke Blog Pencinta Lelaki. Buatlah Macam Rumah Sendiri, Ya!!!! =)

Khusus untuk sesiapa sahaja yang menyukai, dan menyintai lelaki. Penulis blog ini amat menyukai lelaki yang baik hati, berfikiran terbuka dan merendah diri.

Gambar-gambar yang berada di dalam blog ini adalah lelaki-lelaki yang penulis blog ini minati. Sekiranya gambar anda terselit dalam blog ini, dan anda mahu saya buang gambar anda dari blog ini, sila nyatakan tajuk dan tarikh yang berkenaan.

Sebarang cadangan dan pendapat sila hubungi tentangakukaudandia@yahoo.com

Followers

Haiya 'Alassolah ...

Sekiranya anda seorang gay, sila nyatakan posisi anda?

Friday, January 01, 2010

Happy New Year 2010! =)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
PL ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru ...
Bersempena dengan tahun baru ini, PL mengharapkan agar para peminat-peminat (ada ke? hehehe) dan pembaca blog Pencinta Lelaki dapat memberikan komen, teguran dan kritikan yang membina mengenai blog ini... Hantarkan kepada tentangakukaudandia@yahoo.com
Pada tahun ini, PL ingin menambah beberapa LABELS yang menarik dan update gambar pada label KLIK-KLIK.
Selamat mencuci mata .... =)
Happy New Year, be happy!

Dibelenggu Mr. E

SOALAN:

SAYA berusia 23 tahun dan menuntut di institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Saya seorang gay.

Saya berkenalan dengan seorang duda berusia 39 tahun melalui lama sosial bernama Mr E. Tujuan berkenalan untuk memuaskan nafsu semata-mata tetapi Mr E mahu saya menjadi pasangannya.
Mulanya saya enggan tetapi pujukan Mr E, akhirnya saya bersetuju dan bermula episod baru dalam hidup saya.
Saya berpindah dari kolej ke rumah Mr E. Dia menghantar dan menjemput saya di kampus setiap hari.
Mr E menganggap saya seperti perempuan dan isterinya manakala dia pula suami. Saya memasak, membasuh, mengemas rumah dan memuaskan nafsu bersama Mr E.
Mr E seorang yang romantis tetapi mudah panas baran dan cemburu buta. Dia pernah menengking saya kerana menyimpan nombor telefon kawan-kawan sekuliah.
Dia menyuruh saya memadam nombor itu dan melarang bercampur dengan mereka, takut nanti mereka mempengaruhi saya. Ini menyebabkan saya kehilangan kawan-kawan.
Saya turut dilarang belajar secara berkumpulan kononnya takut saya menggatal. Ini menyebabkan tugasan saya lewat dan tertangguh.
Saya malu dengan kawan-kawan dan masalah ini berlaku selepas berkenalan dan tinggal bersama Mr E.
Saya pernah terfikir untuk berpisah dengan Mr E kerana bimbang masa depan saya musnah tetapi saya amat sayangkannya.
Apa patut saya lakukan kerana buntu memikirkan masalah ini?
Gay tertekan, Kuala Lumpur
JAWAPAN:
AL-Quran dan hadis mengutuk tindakan seksual di antara sesama jantina. Al-Quran memetik cerita "umat Nabi Lut a.s." (juga dikenali sebagai Bani Sodom) yang dibinasakan dengan kemurkaan Allah kerana mereka terbabit dalam tindakan homoseksual.
Menurut Islam, amalan seks sejenis ini dikeji dan hina. Firman Allah, maksudnya, "... dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: "Patutkah kamu melakukan perbuatan Yang keji, Yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu Dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum Yang melampaui batas." (Surah Al-'Araf : 80 - 81).
Perhubungan adik dan Mr E berdosa dari segi agama.
Mr E mungkin dapat mengisi keperluan serta keinginan seks, emosi, kewangan dan keselesaan kehidupan adik tetapi bagaimana dengan masa depan adik dalam pelajaran.
Untuk berpisah dengan Mr E, adik perlu mencari punca mengapa memilih dia menjalinkan hubungan songsang. Jika serius mahu berpisah, pastikan adik dapat menghilangkan keinginan seksualiti terhadap Mr E.
Adik juga perlu melihat faktor-faktor penyebab kenapa adik terlalu sayang kepada Mr E dan seronok (jika ya) dengan perhubungan itu.
Apakah keistimewaan Mr E? Kenal pasti sebabnya kerana semua itu perlu dibuang jika adik mahu berpisah.
Memang, untuk meninggalkan seseorang yang kita sayangi bukan mudah. Jika mahu meneruskan pelajaran tanpa gangguan, jalan terbaik ialah berpisah dengan Mr E dan membina kekuatan baru untuk masa depan yang cemerlang.
Jika adik tetap memilih hidup terikat dengan naluri seks Mr E, adik perlu bersedia dengan kesannya nanti. Ini termasuklah kesan menjadi milikan dan rasa cemburu buta Mr E.
Sepatutnya adik menjelaskan kepada Mr E bahawa pelajaran dan kawan adalah penting dalam hidup. Jika tidak, adik akan kehilangan sesuatu yang disayangi iaitu pelajaran di tangan lelaki yang bersifat terlalu ingin mengawal dan cemburu buta.
Hubungan gay dilarang dalam Islam. Justeru, elak perlakuan songsang ini daripada menjadi lebih serius. Banyak membaca buku agama dan berjumpa kaunselor jika gagal meninggalkan tabiat buruk itu.
Adik juga perlu memikirkan kesan dijangkiti penyakit Aids atau penyakit kelamin lain jika terus tinggal dan melakukan perhubungan seks songsang dengan Mr E.

Related Posts with Thumbnails