Selamat Datang Ke Blog Pencinta Lelaki. Buatlah Macam Rumah Sendiri, Ya!!!! =)

Khusus untuk sesiapa sahaja yang menyukai, dan menyintai lelaki. Penulis blog ini amat menyukai lelaki yang baik hati, berfikiran terbuka dan merendah diri.

Gambar-gambar yang berada di dalam blog ini adalah lelaki-lelaki yang penulis blog ini minati. Sekiranya gambar anda terselit dalam blog ini, dan anda mahu saya buang gambar anda dari blog ini, sila nyatakan tajuk dan tarikh yang berkenaan.

Sebarang cadangan dan pendapat sila hubungi tentangakukaudandia@yahoo.com

Followers

Haiya 'Alassolah ...

Sekiranya anda seorang gay, sila nyatakan posisi anda?

Sunday, October 11, 2009

Cinta Sejenis dan Taubat Nasuha

SAYA seorang remaja perempuan berusia awal 20-an dan sedang belajar di sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA). Saya bukan anti atau membenci lelaki, tetapi pernah menjalin hubungan intim dengan kaum sejenis. Pada mulanya kami hanya berkawan dan apabila hubungan menjadi terlalu rapat, berlaku peristiwa tidak diduga. Saya pernah cuba mengelak, tetapi teman saya bijak memujuk hingga kami terlanjur melakukan hubungan yang dilarang Allah. Bukan saya tidak boleh menjauhkan diri, tetapi perasaan sayang kepada persahabatan terjalin membuatkan saya sukar untuk mengelak daripada berjumpanya. Tetapi sejak enam bulan kebelakangan ini, dia tidak lagi menghubungi saya dan hingga kini saya tidak tahu puncanya. Saya juga tidak lagi melakukan hubungan terlarang itu. Bagaimana cara untuk saya meminta ampun kepada Allah atas dosa yang dilakukan dan apakah tanda dosa saya diampuni. Apakah doa yang dapat saya baca untuk melupakan perbuatan itu dan dia?

Ingin bertaubat nasuha,

Lembah Klang.


KAMI bersimpati dengan nasib saudari dan pada masa sama marilah kita memanjatkan rasa syukur kepada Allah yang menanamkan rasa insaf dalam diri kita semua. Itu adalah satu tanda besar Allah masih menyayangi kita.

Memang jelas sekali apa yang sudah berlaku adalah sesuatu yang terkutuk dan dilaknati Allah. Kita lihat bagaimana Allah membinasakan kaum Nabi Lut. Oleh itu, saudari sepatutnya bersyukur kerana diberi hidayah dan segera insaf untuk bertaubat.

Itu adalah satu daripada ciri orang yang bertakwa seperti dinyatakan dalam firman Allah yang bermaksud: Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya)." (Surah Ali-Imran, ayat 135)

Dalam pada itu, saudari perlu faham persahabatan atau persaudaraan hakiki ialah persaudaraan yang dijalin atas dasar kasih sayang kerana Allah, untuk mencari keredaan Allah, ingat memperingati supaya bertakwa kepada Allah.

Persahabatan yang dijalin bukan atas landasan itu adalah persahabatan yang tidak mendatangkan kebaikan, malah akan membawa penyesalan di akhirat kelak.

Allah berfirman yang bermaksud: "Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh)." (Surah Al-Zukhruf, ayat 67)

Berdasarkan apa yang saudari nukilkan, kelihatan kawan saudari belum bersedia menjalin persahabatan kerana Allah. Justeru, jika saudari tidak mampu memimpinnya, jauhkan diri daripada hubungan intim dengannya.

Dia sedang dilanda penyakit jiwa yang memerlukan rawatan khusus. Perasaan cinta sejenis (lesbian atau homoseksual) adalah satu jenis penyakit jiwa yang perlu mendapat rawatan pakar. Pakar psikiatri mempunyai cara tersendiri dan ubat khusus untuk merawat penyakit ini.

Bagaimana cara meminta ampun pada Allah, langkah pertama ialah dengan memperbanyakkan beristighfar dan bertaubat. Apakah beza taubat dan istighfar? Ulama menggariskan, istighfar adalah untuk dosa yang kita tidak sedari atau untuk perbuatan yang kita tidak tahu dosanya, manakala taubat adalah khusus untuk perbuatan yang kita tahu berdosa dan kita sedar ia adalah dosa.

Langkah kedua, kita menyesali perbuatan kita yang lalu dan membencinya semata-mata kerana takut akan azab Allah dan pada masa sama mengharapkan belas ehsan, rahmat serta kasih sayang-Nya. Sebutan dan lafaz istighfar bukan setakat di mulut, tetapi hati kita turut menangis menginsafi dosa dan azab Allah.

Akhir sekali kita mesti bertekad untuk tidak mengulanginya. Carilah jalan supaya segala lorong yang membawa kita ke arah perbuatan itu juga kita tutup rapat. Liciknya syaitan dalam memperdaya anak Adam, seperti disebut oleh Rasulullah SAW, adalah seperti darah yang mengalir dalam badan kita. Dan mohonlah supaya Allah berikan kita kekuatan untuk menghindarinya.

Seperti Allah nyatakan berkali kali dalam al-Quran, Allah Maha Pengampun. Sebesar manapun dosa hamba-Nya, keampunan Allah itu lebih besar. Sekalipun dosa itu kita ulangi dan ulangi, selagi mana kita ikhlas dan bersungguh, yakinlah Allah sudah ampunkan dan menerima taubat kita kerana itulah janji Allah.

Jawapan disediakan Prof Madya Maznah Daud dan Amir A Razelan dengan kerjasama Wanita JIM.
Related Posts with Thumbnails