Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti
anda supaya anda mempunyai persamaan, tetapi jangan
Mengetepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan
Dengan anda kerana bersikap terbuka baik untuk anda.
Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik
terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan.
Sekiranya anda menghormati orang lain, orang lain akan
menghormati anda juga.
Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna,
setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan
kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama
lain adalah kunci persahabatan yang baik.
Hargai pendapat satu sama lain.
Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat
bersama 24 jam. Bina minat-minat yang lain dan jangan
cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat yang
lain juga.Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak
boleh membaca fikiran anda. Sekiranya ada sesuatu yang
menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.
Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan (stress)
menjejaskan persahabatan anda. Kawan yang baik akan
membenarkan anda melepaskan perasaan kepada mereka,tetapi
jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan
perasaan... dan sebagai balasan anda sepatutnya
bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka pula.
Belajar daripada satu sama lain. Jangan mengata di
belakang kawan anda, dan belajar untuk berterus-terang.
Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana anda tidak
boleh menariknya kembali.
Sebelum menjalin persahabatan, anda perlu pastikan siapakah
yang anda ingin sebagai kawan. Kebanyakan orang suka
mendapat kawan yang gemar melakukan perkara yang
sama dengan apa yang mereka lakukan. Ia tidaklah bermakna
anda perlu betul-betul sama antara satu sama lain,
cuma anda gemar melakukan banyak perkara yang sama.
Jika anda berminat dengan sukan, anda mungkin
inginkan kawan-kawan yang suka bermain permainan
yang sama dengan anda. Begitu juga, jika anda suka membaca
buku, anda mungkin akan lebih tertarik dengan rakan-rakan
yang suka membaca.
Fikirkan tentang perkara yang anda gemar lakukan dan cuba
bercakap dengan rakan sekelas tentang kegemaran anda ketika
waktu makan atau rehat. Anda akan dapati sekurang-kurangnya
seorang yang tertarik dengan perkara sama yang menarik
perhatian dan minat anda.
Cara yang paling cepat menjalin persahabatan ialah dengan
senyuman. Apabila anda tersenyum, orang lain akan fikir
yang anda seorang yang suka berkawan (friendly) dan mudah
diajak berbual. Mungkin pada awalnya memang agak sukar
untuk memberikan senyuman.Tetapi, anda boleh berlatih di
hadapan cermin. Apabilaanda melihat diri sendiri, fikirlah
samada anda lebihrela bercakap dengan wajah anda yang
tersenyum atau wajah biasa anda, yang mungkin kelihatan
menakutkan dan marah.
Cara yang paling mudah untuk memulakan perbualan dengan
seseorang ialah memperkatakan sesuatu yang baiktentang
dirinya. Sebagai contoh, anda boleh komen tentang jawapan
yang terbaik terhadap soalan yang diberikan guru, permainan
yang hebat di padang bola,pakaian yang cantik dsb. Fikirkan
tentang bagaimana gembiranya anda apabila seseorang bercakap
sesuatu yang baik tentang diri anda. Tidakkah ia membuatkan
anda ingin terus bercakap dengan orang berkenaan?
Tanyalah rakan baru anda soalan tentang diri mereka.
Siapakah penyanyi kegemarannya, di mana dia tinggal,
siapakah gurunya, apa yang dilakukan selepas waktu sekolah
adalah anda soalan-soalan yang sesuai ditanya untuk
memulakan perbualan.
Pastikan anda mempunyai sesuatu untuk diperkatakan.
Apabila seseorang bertanya sesuatu kepada anda,
berikan jawapannya. Jika anda tidak tahu siapa idola anda
atau apakah hobi anda, fikirkan. Tiada apa yangakan
menghentikan perbualan lebih cepat selain daripada jawapan
dengan mengangkat bahu.
Orang yang pemalu biasanya mengalami masalah dengan pujian.
Apabila seseorang berkata sesuatu yang baik,si pemalu
biasanya akan kaku dan kelu untuk berkata-kata. Ini
menyebabkan pihak yang mengatakannya tertanya-tanya
sekiranya dia telah mengatakan sesuatu yang salah. Jawapan
yang terbaik dan paling mudah terhadap pujian yang
diberikan ialah "Terima Kasih."
Jadilah kawan. Orang yang memperlihatkan minat terhadap
orang lain dan orang yang baik dan mesra adalah sahabat
yang baik. Ingat semua orang ingin bersama dengan orang
yang suka melakukan sesuatu yang sama dan orang yang
bersikap baik terhadap mereka.
Aktiviti. Selepas anda mendapat beberapa kawan yang
berkongsi minat yang sama, melakukan sesuatu aktiviti
secara bersama akan menjadi sesuatu yang menyeronokkan.
Menjemput rakan-rakan ke rumah anda adalah cara yang baik
bagi menjadikan persahabatan semakin akrab.
Jika anda tahu permainan yang kawan anda suka, anda boleh
merancang melakukannya bersama. Jika anda dan rakan anda
sukakan aktitivi luaran, fikirkan sesuatu yang ada di
persekitaran rumah yang anda boleh aturkan untuk dibuat
di luar.
Pastikan aktiviti tersebut boleh dilakukan bersama.
Mungkin anda dan rakan sukakan permainan komputer,
tetapi aktiviti ini lebih baik jika dilakukan bersama
kawan yang anda telah kenal lama. Apabila anda bermain
permainan komputer, kawan anda akan hanya melihat tanpa
bermain tanpa berbuat apa-apa, ini tentunya tidak
menyeronokkan. Mainlah permainan atau game yang boleh
melibatkan 2 pemain pada satu masa.
Selamat bergembira dan bersahabat! =)