The story is all about dosa and pahala or baik dan buruk sesuatu yang memisahkannya hanyalah satu garisan yang cukup halus. we never know when we cross the line.
Cerita bermula apabila seorang ustaz muda bernama Arman (Ismail Abd Aziz) muncul di sebuah masjid di sebuah kampung di subuh hari telah bertembung dengan seorang perempuah GRO bernama Ayu (Noorkhiriah) yang sedang mabuk di hadapan masjid itu. Ustaz Arman yang ketika itu sedang berdiri di kaki tangga masjid telah memandang wanita itu dengan pandangan jijik dan Ayu pula memandang ustaz tersebut dengan perasaan malu.
Ever since that kehidupan mereka berdua mula berubah tanpa mereka sedar sehinggalah pada satu hari pada waktu yang sama cuma hari yang berlainan, Ayu pula yang berdiri dui kaki tangga masjid itu mengambil tempat Ustaz Arman pada kali pertama mereka bertemu dului dan Ustaz Arman pula berdiri di tempat Ayu dalam keadaan yang cukup mengaibkan. Pada saat mereka baru mereka teringat yang mereka berdua pernah berada di tempat yang berbeza. Ketika itulah mereka tersedar yang mereka berdua telah berubah kedudukan tanpa mereka sedar kerana yang membezakan antara dua keadaan itu hanyalah satu garisan yang halus.
Menampilkan gandingan semula Noorkhiriah, Sharifah Amani dan Isma Yusoof selepas Emil Emilda dan Sindarela. Dan juga menampilkan Ismail Abd Aziz yang pernah membawa watak Abang Lokman di dalam drama Sutun 2. turut membantu adalah Zaibo, Nadia Aqilah Bajuri, Faizul Hashim, Farhan Daing, Yaya Nadzri dan ramai lagi.
Di arahkan oleh pengarah berbakat dan jujur Shahrulezad Mohameddin yang pernah mengarahkan Seputeh Qaseh Ramadhan, Kerana Cintaku Saerah, Sutun, Sindarela, Rona Roni Makaroni dan terbaru sekali ialah Tari Tirana yang sedang di tayangkan di TV3 slot Lestary.
Harap semua orang boleh memberitahu kepada rakan handai mengenai drama Antara Garisan ini, kerana ceritanya betul2 akan membuatkan ita berfikir dua kali setiap kali kita melihat seseorang yang kita tidak pernah kenal, tapi kita terus menghukumnya kerana luaran seseorang itu. semoga kita semua tidak tergolong di dalam golongan2 yang senang menghukum, kerana yang maha berkuasa hanyalah Allah taala.
No comments:
Post a Comment