Selamat Datang Ke Blog Pencinta Lelaki. Buatlah Macam Rumah Sendiri, Ya!!!! =)

Khusus untuk sesiapa sahaja yang menyukai, dan menyintai lelaki. Penulis blog ini amat menyukai lelaki yang baik hati, berfikiran terbuka dan merendah diri.

Gambar-gambar yang berada di dalam blog ini adalah lelaki-lelaki yang penulis blog ini minati. Sekiranya gambar anda terselit dalam blog ini, dan anda mahu saya buang gambar anda dari blog ini, sila nyatakan tajuk dan tarikh yang berkenaan.

Sebarang cadangan dan pendapat sila hubungi tentangakukaudandia@yahoo.com

Followers

Haiya 'Alassolah ...

Sekiranya anda seorang gay, sila nyatakan posisi anda?

Showing posts with label Luahan Rasa. Show all posts
Showing posts with label Luahan Rasa. Show all posts

Saturday, December 26, 2009

MAAF !!!!

Salam Sejahtera Ke Atas Kamu ...
PL minta maaf kerana lama tidak update blog!
Terima kasih kepada semua yang sudi membaca blog ini, masih sudi melawat blog ini, walaupun PL dah lama juga tidak update blog ini.
Terima kasih, semua ... =) Datang lagi, ya !!!

RAY

Salam ..
Pada petang 25 December 2009, PL pergi jogging (ala-ala je, sebenarnya jalan2 je, hehe) di Taman Tasik Ampang Hilir, Kuala Lumpur.
Ada seorang brother @ mamat jogging di situ, handsome sangat, kulit putih melepak. Dia pakai baju jersey MERAH, belakang dia ada tulis RAY, no. 26.
Kalau ada sapa-sapa yang kenal dengan Ray, tolong bgtahu dia ... PL kirim salam!
p/s Tak da gambar dia, dia lari laju (PL takda kamera lagi sebenarnya, hahahaaha)

Sunday, November 15, 2009

Taufik Ditembak Sampai Mati

Salam, semua pembaca blog Pencinta Lelaki...
PL amat tersentuh apabila membaca Harian Metro hari ini, mengenai seorang pemuda TAMPAN yang mati akibat ditembak oleh polis.
PL tidak faham bagaimana polis tidak mampu menangkap Taufik kalau benar dia benar2 membahayakan sehingga mecederakan kawannya. Kawannya telah meninggalkannya di Alor Setar menyebabkan beliau berjalan sejauh 50km untuk kembali ke tempat asalnya... PL lebih berminat nak tahu apa punca kawan dia meninggalkannya di Alor Setar?
Apa yang membuat PL bingung, Taufik telah pergi ke Balai Polis, memberitahu polis bahawa beliau ingin membunuh kawannya. Kenapa tak tangkap Taufik pada masa tersebut?
Mengapa polis perlu menembak dada, sampai pemuda tersebut meninggal dunia? Tembaklah kaki, atau tangkaplah dia... bawa dia ke Jabatan Kecemasan kerana mendatangkan bahaya kepada orang lain, rujuklah dia kepada Jabatan Psikiatrik, atau tahan reman pun takpe. Mengapa perlu bunuh Taufik????????
PL cadangkan pasukan polis muhasabah diri, mengapa perlu di 'bunuh' Taufik. Adakah itu jalan terakhir?
Bayangkan Taufik ialah abang, atau adik, atau kawan baik anda, atau diri anda sendiri ...
Fikir-fikirkan ...

Monday, November 09, 2009

Private Number

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
PL nak bertanya kepada pembaca blog PL, pernah tak menerima panggilan daripada Private Number?
Kalau ada, siapa ya ?
Adakah mereka yang berada di pejabat, atau macamana?
Baru-baru ni ada Private Number menghubungi PL. Biasanya PL tak jawab. Sekali tu, PL jawab tapi PL diam je dulu sebelum dengar suara dia. Lama, senyap .... baru dia cakap "hello".Lepas dia cakap Hello, PL jawab Hello juga. Lepas dengar suara PL, dia letak.
Adakah dia hubungi PL semata-mata nak tau PL perempuan atau lelaki, atau apa tujuannya ya?
Ntah lah. Lepas ni PL memang tidak akan jawab mana-mana panggilan yang tertulis PRIVATE NUMBER!
Salam Sayang dari Pencinta Lelaki.

Sunday, October 18, 2009

PAPADOM

Salam sayang dari Pencinta Lelaki,
PL telah menonton filem Papadom, dan filem ini telah berjaya membuat PL tertawa dari mula cerita, sehingga ke akhirnya...
Ada beberapa dialog yang menarik hati yang, yang PL ingin kongsikan.
1) Prof. Balkish : Awak tak macam tukang kebun lain. Awak ni lain.
Saadom : Berapa ramai tukang kebun yang awak kenal?
2) Rahmat : Ini namanya Singa Inspirasi. Awak ambil-lah. Saya dah tak perlukan dia lagi.
Miasara : Kenapa? Rahmat : Sebab saya dah ada inspirasi lain, awak inspirasi saya. Miasara : Awak ni poyo la. (Rahmat buat muka sedih,lawak sangat muka Que Haidar time ni) Miasara : Ok la, poyo tapi comel..
3) Adegan Dom menahan kaki Shasha, dia nak terjatuh. Lawak sangat time ni... hehe.
4) Adegan Moon menari masa Prof. tunjukkan thumb up, kiranya Miasara tak dibuang dari UiTM. Lawak sangat adegan ni. Senang kata, kehadiran Moon selepas Moon meninggal dalam filem ni, macam dalam cerita Hindustan, Kuch Kuch Hota Hai... Adegan Dom berbual dengan Moon, lepas Moon dah meninggal... semua adegan ni memang lawak ...
Pada kesempatan ini, PL ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penerbit dan pengarah yang telah memilih Noorkhiriah dalam drama-drama dan filem-filem terbitan mereka. Noorkhiriah sebelum ini kurang menonjol, hanya memegang watak sampingan dan kini Noorkhiriah berjaya memegang watak utama dalam drama-drama dan filem terbaru. Semoga Noorkhiriah akan lebih berjaya lagi selepas ini...
Terima kasih, Afdlin Shauki kerana berjaya menghasilkan karya yang bermutu, menarik dan cemerlang.
Sekian... Sokonglah industri hiburan tanah air. Filem Papadom adalah filem WAJIB TAYANG, dan WAJIB TONTON! =)

Saturday, October 17, 2009

Keterbatasan

Ada orang... ada masa, tiada duit.
Ada orang... ada duit, tiada masa.
Ada orang... ada kawan, tiada duit.
Ada orang... ada duit, tiada kawan.
Ada orang... ada kawan, tiada masa.
Ada orang... ada masa, tiada kawan.
PL sekarang ni kategori ada masa, ada duit, tiada kawan.
Bilakah semua ini akan berakhir?

Saturday, October 10, 2009

APA KURANGNYA KELANTAN??? MUHYIDDIN JANGAN JADI BUTA KAYU!!!

Dipetik dari blog http://rohaifi.blogspot.com/
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kempen pilihan raya kecil Bagan Pinang menyeru rakyat mengambil Kelantan sebagai contoh kegagalan PAS membangunkan negeri itu sejak 20 tahun lalu dan sebaliknya menilai rekod kejayaan Barisan Nasional (BN).

Wahai Muhyiddin yang mungkin jarang membaca surah Yassin. Usah lagi diperbodohkan rakyat dengan kenyataan-kenyataan yang memualkan. Kenyataan yang memperlihatkan ketidak-caknaan anda sebagai TPM! Apa kurangnya Kelantan? Mundur sangatkah Kota Bharu?

Saya anak Kelantan yang kini menetap di Pahang Darul Makmur, makmur walaupun berkasino di puncak genting. Lihat sahaja dan bandingkan sahaja antara Kota Bharu yang ditadbir PAS dengan Kuantan yang diperintah oleh BN. Kuantan baru tahun ini memiliki pasaraya Carrefour sedangkan Kota Bharu terlebih dahulu menerima kedatangan gedung serba besar TESCO.

Pasaraya bagai cendawan tumbuh di Kota Bharu. Sekiranya manusia rakyat Kelantan ni miskin dan papa-kedana, mana mungkin pasaraya dan gedung membeli-belah akan membahlolkan diri mereka untuk membuka perniagaan di negeri TANAH INDAH SEKEBUN BUNGA ini. Malah, MyDin pun khabarnya dalam perancangan untuk membuka pasarayanya yang terbesar di negara ini di Tunjong, Kota Bharu.

Begitu juga dengan kemudahan pengangkutan awam yang nyata Kota Bharu lebih mendahului Kuantan. Buatlah kajian dan ketahuilah bahawa pengangkutan awam begitu dhaif di Kuantan . Sistem pengangkutan bas semakin teruk, menyukarkan rakyat berpendapatan rendah. Dulunya kita dapat lihat sekian banyak deretan bas di stesen pasar kuantan, tapi kini, ia bagaikan pupus dan tandus. Bas yang ada sekalipun telah dimamah usia dan selayaknya ditempatkan di muzium! Berbeza halnya di Kota Bharu apabila Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (SKMK) menyediakan perkhidmatan bas yang nyata memuaskan dan hampir kesemua bas yang digunakan oleh SKMK berhawa dingin.

Banyak lagi kemajuan dan pembangunan di Kelantan yang mampu menyaingi negeri lain bahkan melebihi negeri yang ditadbir BN. Itu tidak lagi disebutkan dengan tempat tumpuan pelancong di Rantau Panjang mahupun di Pengkalan Kubur. Rumah-rumah banglo di segenap ceruk negeri Kelantan yang rata-rata dimiliki oleh orang melayu.

Kepada TPM. Usah jadi buta kayu. Jangan mengabui rakyat dengan fakta yang memualkan untuk kempen pilihanraya anda. Rakyat bukan bodoh, dan jangan kerana ingin memperbodohkan rakyat, kelak bodoh itu kembali kepada diri sendiri.

wallahu a'lam, bukan nak kondem memana negeri. Cuma ingin memberikan sedikit perbandingan kepada Muhyiddin untuk dia kembali menilai siapa sebenarnya yang gagal dalam mentadbir. DAN SEKIRANYA TIADA MAINAN KOTOR DARI KERAJAAN PUSAT untuk membenarkan minyak didaratkan di Thailand sebaliknya didaratkan di Kelantan, Kelantan pastinya bakal menjadi negeri maju. Apa boleh buat, BN terutamanya UMNO tak suka rakyat Kelantan yang majoritinya melayu melangkah maju ke hadapan. Bila nak pulangkan ROYALTI MINYAK yang dirompak BN dari rakyat Kelantan???!!!

Kehidupan Adalah ...

Salam,

Bagi PL, kehidupan adalah ....

- satu pencarian.

sejak dari kecil, kita sentiasa mencari dan tercari-cari. mencari ibu bapa, barang permainan, main sorok-sorok, cari baju ngan seluar, dan sebagainya... =)

- mengenai membuat keputusan

setelah kita temui apa yang kita cari, kita perlu membuat keputusan. contoh, mula-mula kita cari kedai makan atau restoran yang sesuai, dan kita buat keputusan nak makan di mana. kemudian, buat keputusan lagi, nak makan apa, nak minum apa...

kita mencari baju dan seluar yang kita mahu pakai pada hari ini, dan kita buat keputusan yang mana satu kita nak pakai...

Inilah pendapat PL tentang kehidupan ini.

Apa pula pendapat anda tentang kehidupan ?

*PL sedang mencari diri PL, dan membuat keputusan untuk belajar mengenali diri PL.

Salam Sayang dari Pencinta Lelaki.

Friday, October 09, 2009

Sepi.

Aku Sepi. Aku Sunyi. Aku Sendiri.

Bilakah semua ini akan berakhir?

Saturday, September 12, 2009

PL bengang!!!

Baru2 ni PL berkenalan dengan seseorang via SMS. Mula2 tu okay la, dia reply sms. Pah tu dia mula mengutuk PL, sedangkan dia tak tau pun PL ni macamana orangnya. PL pantang orang yang terlalu cepat sangat menilai sesuatu tu, tanpa mengenali atau menyelidik terlebih dahulu !!!

Dalam bidang kaunseling, HARAM menilai seseorang itu dengan memberi penilaian AWAL. Kita hendaklah menerima semua orang tanpa syarat...

Dia ingat dia high class ke, level tinggi sangat ker. padahal ada SPM jer tapi berlagak macam educated punya orang !!!!

Pergi mampus lah kau, S&!3I-I !!!!!!

-PL geram-
Related Posts with Thumbnails