Selamat Datang Ke Blog Pencinta Lelaki. Buatlah Macam Rumah Sendiri, Ya!!!! =)

Khusus untuk sesiapa sahaja yang menyukai, dan menyintai lelaki. Penulis blog ini amat menyukai lelaki yang baik hati, berfikiran terbuka dan merendah diri.

Gambar-gambar yang berada di dalam blog ini adalah lelaki-lelaki yang penulis blog ini minati. Sekiranya gambar anda terselit dalam blog ini, dan anda mahu saya buang gambar anda dari blog ini, sila nyatakan tajuk dan tarikh yang berkenaan.

Sebarang cadangan dan pendapat sila hubungi tentangakukaudandia@yahoo.com

Followers

Haiya 'Alassolah ...

Sekiranya anda seorang gay, sila nyatakan posisi anda?

Showing posts with label Apa Pendapat Anda. Show all posts
Showing posts with label Apa Pendapat Anda. Show all posts

Friday, January 01, 2010

Happy New Year 2010! =)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
PL ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru ...
Bersempena dengan tahun baru ini, PL mengharapkan agar para peminat-peminat (ada ke? hehehe) dan pembaca blog Pencinta Lelaki dapat memberikan komen, teguran dan kritikan yang membina mengenai blog ini... Hantarkan kepada tentangakukaudandia@yahoo.com
Pada tahun ini, PL ingin menambah beberapa LABELS yang menarik dan update gambar pada label KLIK-KLIK.
Selamat mencuci mata .... =)
Happy New Year, be happy!

Wednesday, November 18, 2009

Private Visitors

Salam dan Selamat Sejahtera,
Kepada semua bloggers,
Ada yang mencadangkan kepada PL agar menghadkan pelawat blog Pencinta Lelaki.
Sebelum itu, PL ingin meminta pendapat pengunjung blog PL, samada perlu atau tidak menetapkan pelawat blog ini kepada 100 orang sahaja.... Kalau perlu, kenapa... dan kalau tidak perlu, sila jelaskan kenapa anda berpendapat sedemikian ....
Pendapat anda amat PL hargai.
Sekian, terima kasih .... =)

Sunday, November 15, 2009

Taufik Ditembak Sampai Mati

Salam, semua pembaca blog Pencinta Lelaki...
PL amat tersentuh apabila membaca Harian Metro hari ini, mengenai seorang pemuda TAMPAN yang mati akibat ditembak oleh polis.
PL tidak faham bagaimana polis tidak mampu menangkap Taufik kalau benar dia benar2 membahayakan sehingga mecederakan kawannya. Kawannya telah meninggalkannya di Alor Setar menyebabkan beliau berjalan sejauh 50km untuk kembali ke tempat asalnya... PL lebih berminat nak tahu apa punca kawan dia meninggalkannya di Alor Setar?
Apa yang membuat PL bingung, Taufik telah pergi ke Balai Polis, memberitahu polis bahawa beliau ingin membunuh kawannya. Kenapa tak tangkap Taufik pada masa tersebut?
Mengapa polis perlu menembak dada, sampai pemuda tersebut meninggal dunia? Tembaklah kaki, atau tangkaplah dia... bawa dia ke Jabatan Kecemasan kerana mendatangkan bahaya kepada orang lain, rujuklah dia kepada Jabatan Psikiatrik, atau tahan reman pun takpe. Mengapa perlu bunuh Taufik????????
PL cadangkan pasukan polis muhasabah diri, mengapa perlu di 'bunuh' Taufik. Adakah itu jalan terakhir?
Bayangkan Taufik ialah abang, atau adik, atau kawan baik anda, atau diri anda sendiri ...
Fikir-fikirkan ...

Monday, November 09, 2009

Private Number

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
PL nak bertanya kepada pembaca blog PL, pernah tak menerima panggilan daripada Private Number?
Kalau ada, siapa ya ?
Adakah mereka yang berada di pejabat, atau macamana?
Baru-baru ni ada Private Number menghubungi PL. Biasanya PL tak jawab. Sekali tu, PL jawab tapi PL diam je dulu sebelum dengar suara dia. Lama, senyap .... baru dia cakap "hello".Lepas dia cakap Hello, PL jawab Hello juga. Lepas dengar suara PL, dia letak.
Adakah dia hubungi PL semata-mata nak tau PL perempuan atau lelaki, atau apa tujuannya ya?
Ntah lah. Lepas ni PL memang tidak akan jawab mana-mana panggilan yang tertulis PRIVATE NUMBER!
Salam Sayang dari Pencinta Lelaki.

Sunday, November 08, 2009

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hai,
Apa khabar ?
PL ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog Pencinta Lelaki.
PL berharap anda dapat memberikan pandangan, komen, dan teguran ... untuk memperbaiki blog ini.
Apa yang anda suka tentang blog ini?
Apa yang anda tidak tentang blog ini?
Bagaimana blog ini dapat memberi manfaat kepada diri anda?
Sekian, terima kasih ... =)

Saturday, October 10, 2009

Kehidupan Adalah ...

Salam,

Bagi PL, kehidupan adalah ....

- satu pencarian.

sejak dari kecil, kita sentiasa mencari dan tercari-cari. mencari ibu bapa, barang permainan, main sorok-sorok, cari baju ngan seluar, dan sebagainya... =)

- mengenai membuat keputusan

setelah kita temui apa yang kita cari, kita perlu membuat keputusan. contoh, mula-mula kita cari kedai makan atau restoran yang sesuai, dan kita buat keputusan nak makan di mana. kemudian, buat keputusan lagi, nak makan apa, nak minum apa...

kita mencari baju dan seluar yang kita mahu pakai pada hari ini, dan kita buat keputusan yang mana satu kita nak pakai...

Inilah pendapat PL tentang kehidupan ini.

Apa pula pendapat anda tentang kehidupan ?

*PL sedang mencari diri PL, dan membuat keputusan untuk belajar mengenali diri PL.

Salam Sayang dari Pencinta Lelaki.

Wednesday, October 07, 2009

Apa Yang Anda Akan Lakukan Sekiranya ...

Doktor mengesahkan anda menghidap penyakit merbahaya, dan hanya mampu hidup selama ...

a) 6 bulan

b) 3 bulan

c) death in list (D.I.L) - maksudnya dah tak lama lagi!

Sunday, October 04, 2009

Muda vs Tua

Salam....

PL nak tanya pendapat anda tentang pasangan kekasih, atau suami isteri yang berbeza usia 5 tahun atau lebih... Samada lelaki lebih tua, atau perempuan yang yang lebih tua...tidak kisah lah.

Yang penting, apa pendapat anda ?

Lagu

Salam para pembaca blog Pencinta Lelaki,

Walau di mana jua anda berada, PL nak ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi melawat blog ini. PL ingin bertanya pendapat anda tentang lagu INGIN KAMU di dalam blog ini. Adakah PL perlu kekalkan lagu ini, atau tukar kepada lagu lain, atau buang sahaja lagu dalam blog ini ?

Cadangan dan pendapat anda amat PL alu-alukan ...

Sekian, Salam Sayang dari Pencinta Lelaki... =) mmmuah!

Friday, October 02, 2009

Ruangan Baru

PL telah menyediakan maklumat mengenai pendermaan organ. Maklumat tentang pendermaan darah PL akan kongsi bersama anda kemudian ...

PL bercadang nak menyediakan maklumat mengenai masalah kesihatan dan penyakit-penyakit yang selalu dihadapi oleh masyarakat kita...

Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat mengenai sebarang penyakit, atau mempunyai masalah kesihatan, atau masalah peribadi, atau apa-apa masalah dan pendapat yang ingin dikongsikan dengan PL, boleh hubungi PL di tentangakukaudandia@yahoo.com atau melalui ruangan komen.

Di blog ini, kita semua adalah saudara-mara yang saling memerlukan antara satu sama lain. Kita boleh kongsi maklumat, luahkan rasa, dan sebagainya...

Takziah PL ucapkan kepada saudara seagama kita yang berada di Indonesia berikutan gempa bumi yang berlaku di negara tersebut. Semoga mereka tabah menghadapi musibah ini...

Sekian,

Salam Sayang dari Pencinta Lelaki.

Apa Pendapat Anda

Sekiranya anda mempunyai kenalan yang menyakitkan hati, apa yang akan anda lakukan?

a) Buat tak tahu je..

b) Berterus-terang apa yang anda tidak suka tentang diri beliau, face to face.

c) Luahkan pendapat anda pada kawan2, dengan harapan semua orang memulaukannya ... atau dengan cara tersebut beliau akan sedar akan perangainya yang buruk itu..

d) Lain-lain, sila nyatakan ...

Harap anda dapat berikan pendapat anda melalui ruangan komen, atau e-mail pendapat anda ke tentangakukaudandia@yahoo.com

Sekian, terima kasih... =)
Related Posts with Thumbnails