Selamat Datang Ke Blog Pencinta Lelaki. Buatlah Macam Rumah Sendiri, Ya!!!! =)

Khusus untuk sesiapa sahaja yang menyukai, dan menyintai lelaki. Penulis blog ini amat menyukai lelaki yang baik hati, berfikiran terbuka dan merendah diri.

Gambar-gambar yang berada di dalam blog ini adalah lelaki-lelaki yang penulis blog ini minati. Sekiranya gambar anda terselit dalam blog ini, dan anda mahu saya buang gambar anda dari blog ini, sila nyatakan tajuk dan tarikh yang berkenaan.

Sebarang cadangan dan pendapat sila hubungi tentangakukaudandia@yahoo.com

Followers

Haiya 'Alassolah ...

Sekiranya anda seorang gay, sila nyatakan posisi anda?

Showing posts with label Derma Darah. Show all posts
Showing posts with label Derma Darah. Show all posts

Friday, October 02, 2009

Saringan Darah

Semua darah yang didermakan oleh penderma-penderma bagi memastikan darah tersebut selamat untuk tujuan transfuse serta bebas dari penyakit yang merbahaya seperti; 


  • Human Immunodeficiency Virus 1 and 2 (HIV 1 / 2)



  • Hepatitis "B" Virus (HBV)



  • Hepatitis "C" Virus (HCV)



  • Syphilis




Oleh itu, diharapkan darah yang bakal diterima oleh pesakit-pesakit bebas daripada penyakit ini. Namun semua penerima darah dikehendaki menandatangani borang yang menyatakan mereka telah bersetuju bahawa terdapat risiko bahawa darah yang mereka terima mungkin mempunyai penyakit-penyakit ini. Oleh itu diharapkan agar semua penderma-penderma yang berisiko tinggi, tidak menderma darah dan jangan sekali-kali menderma darah untuk mengesahkan status kesihatan ada kerana tindakan anda boleh membahayakan orang lain dan anda boleh dikenakan tindakan mahkamah sekiranya menipu di dalam borang PDN3/2000/Pin. 1 atau 2.

Penyimpanan dan Kegunaan Darah Yang Telah Didermakan

Darah yang didermakan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis produk atau komponen:

  •  Sel darah merah – whole blood, packed red cell, buffy-coat poor red cell, filtered red cell.
  • Plasma – fresh frozen plasma, cryosupernatant, cryoprecipitate
  • Platelet – random platelet concentrate, apheresis platelet 
Setiap produk atau komponen darah ini mempunyai cara penyimpanan dan kegunaan yang berbeza. Antaranya:

  • Darah yang telah melalui ujian saringan dan telah diproses kepada sel darah merah, platelet dan plasma akan disimpan mengikut jenis darah, kumpulan darah ABO dan tarikh luput masing-masing.
  • Sel darah merah perlu disimpan pada suhu 2oC – 6oC dan boleh bertahan selama 35 hari.
  • Plasma perlu disimpan pada suhu -30oC dan boleh bertahan selama 2 tahun.
  • Platelet perlu disimpan pada suhu 20oc – 24oC dan perlu sentiasa digerakkan (agitated).Jangka hayat platelet hanyalah 5 hari daripada tarikh pendermaan.  
Setiap produk atau komponen darah ini ada kegunaan masing-masing:

  • Whole blood – unit darah yang didermakan yang tidak menjalani proses pengasingan. Digunakan untuk kes-kes seperti pesakit yang kehilangan darah akibat kemalangan dan untuk pertukaran darah (Exchange Transfusion, ET) bayi akibat jaundis neonatal yang teruk.
  • Sel darah merah – untuk masalah kekurangan hemoglobin (anemia) seperti penyakit buah pinggang dan panyakit kanser.
  • Plasma – kes-kes pendarahan semasa bersalin, lecur akibat kebakaran, pendarahan akibat kerosakan hati.
  • Platelet – untuk penyakit-penyakit kekurangan platelet seperti demam denggi dan leukemia.

Keistimewaan Yang Diberi kepada Penderma Darah

Penderma - penderma darah yang menderma di Pusat Darah Negara dan lain - lain Tabung Darah di Hospital Kerajaan adalah layak mendapatkan rawatan percuma seperti di jadual berikut :

  • Jadual Keistimewaan Rawatan Penderma Darah di Fasiliti Kesihatan (Hospital, Institusi dan Klinik Kesihatan), Kementerian Kesihatan Malaysia mengikut Surat Pekeliling KPK 5/2005 bertarikh 20 Julai 2005
      KEKERAPAN MENDERMA                                        KEISTIMEWAAN RAWATAN

1 kali
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan (tidak termasuk bayaran X-ray dan pembedahan) dan wad kelas dua untuk tempoh 4 bulan.
2 kali (dalan tempoh 12 bulan)
Percuma suntikan pencegahan Hepatitis B
2 ~ 5 kali
Percuma  rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 4 bulan.
6 ~ 10 kali
Percuma rawatan pesakit luar selama 1 tahun dan rawatan perubatan kelas dua untuk tempoh 6 bulan.
11 ~ 15 kali
Percuma rawatan pesakit luar selama 2 tahun dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 1 tahun.
16 ~ 20 kali
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 2 tahun.
21 ~ 30 kali
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 3 tahun.
31 ~ 40 kali
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 4 tahun.
41 ~ 50 kali
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 6 tahun.
Lebih 50 kali (bagi penderma"Whole blood") dan Lebih 150 kali (bagi penderma aferesis)
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 10 tahun dan wad kelas dua seumur hidup selepas 10 tahun di wad kelas satu.

Jenis-jenis Pendermaan

Pendermaan tidak hanya tertumpu kepada darah merah sahaja, malah terdapat komponen-komponen lain di dalam darah yang boleh di dermakan antaranya

Penderma 'Whole blood'

Darah mengandungi komponen-komponen seperti berikut:

  • Sel darah merah
  • Sel darah putih
  • Platelet
  • Plasma
Darah diperlukan untuk kes-kes pembedahan, mangsa kemalangan, merawat pesakit leukemia, barah, thalassemia, penyakit jantung, komplikasi pendarahan semasa bersalin, haemophilia dan lain-lain. Isipadu darah yang biasanya didermakan adalah sebanyak 450ml iaitu kurang daripada 1 pain darah (568ml). Jumlah darah yang diambil adalah berdasarkan berat badan.

Masa yang diambil untuk menderma darah adalah di antara 7 hingga 10 minit tetapi anda dinasihatkan supaya berada di tempat menderma selama lebih kurang 1 jam. Sebelum menderma darah anda dinasihatkan supaya mengambil sedikit makanan sebagai mengalas perut. Darah merah yang telah didermakan memerlukan masa selama 4 – 8 minggu untuk digantikan semula manakala plasma pula selama 24 jam.

Pendermaan Aferesis

Pendermaan komponen darah iaitu plasma atau platelet ataupun kedua-duanya sekali, dimana komponen darah yang tidak diperlukan dikembalikan ke dalam badan penderma semula.

Nasihat Setelah Menderma Darah

Setiap kali selepas menderma darah, anda adalah dinasihatkan untuk memberi perhatian terhadap perkara-perkara berikut:
  • Tekan kuat pada bekas cucukan jarum sambil berehat sekurang-kurangnya 10 minit di atas katil sebelum bangun.
  • Ambil sedikit minuman dan makanan ringan yang disediakan sebelum meninggalkan tempat pendermaan.
  • Ambil sebiji tablet zat besi (Ferrous Fumarate) dan asid folik yang dibekalkan sehari sekali selepas makan. Ini akan membantu anda membina kembali sel-sel darah merah yang telah anda dermakan.
  • Berhati-hati semasa memandu atau sewaktu bekerja menggunakan mesin.
  • Dalam masa 24 jam selepas menderma:
    • Elakkan diri daripada aktiviti-aktiviti sukan atau senaman berat, atau mengangkat barangan yang berat
    • Elakkan minuman keras.
    • Lebihkan meminum air
    • Jika anda mengalami sebarang reaksi atau tindak balas seperti pening atau rasa ingin pitam, baringkan diri anda selama beberapa minit dengan kedua-dua kaki dinaikkan melebihi paras kepala.
    • Sekiranya anda berasa tidak sihat/selesa, ataupun terdapat tanda lebam, bengkak atau sakit dibahagian yang dicucuk, sila hubungi segera Pegawai Perubatan Pusat Darah Negara di nombor 03-2693 3888 / 03-2695 5564.
Dermaan anda merupakan sumbangan yang tidak ternilai kepada masyarakat. Adalah diharapkan agar anda jadikan pendermaan anda ini suatu amalan yang berterusan di dalam hidup anda.

Proses Menderma Darah

Setiap individu yang menderma darah dengan Pusat Darah Negara (PDN) akan melalui proses pendermaan seperti berikut: 
  • Mengisi borang PDN3/2000/Pin. 1 atau 2. Sebarang keterangan atau bantuan mengisi borang ini boleh diperolehi daripada kakitangan PDN yang bertugas
  • Menjalani pemeriksaan darah untuk tahap kepekatan sel darah merah (paras hemoglobin) dan mengenal pasti kumpulan darah ABO.
  • Melalui sesi soal selidik atau kaunseling pra-pendermaan untuk mengenal pasti sebarang masalah perubatan dan tahap risiko penderma.
  • Penderma yang layak menderma akan menjalani proses pengambilan darah (phlebotomy).
  • Setelah selesai proses pengambilan darah, penderma akan diberikan sedikit makan dan minuman ringan.

Kriteria Penderma Darah





Penderma darah adalah istimewa. Ini adalah kerana tidak semua orang layak untuk menjadi seorang penderma darah. Terdapat beberapa kriteria yang melayakkan seseorang itu untuk menderma darah. Di antara kriteria yang ditetapkan adalah seperti berikut:

1. Sihat tubuh badan pada hari pendermaan.

2. Berumur di antara 18-60 tahun.

Bagi yang berumur 17 tahun, perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa atau penjaga

Bagi yang berumur 61-65 tahun, perlu mendapatkan kelulusan bertulis daripada doktor mengenai tahap kesihatan badan.

3. Berat badan melebihi 45 kg.

4. Tidur melebihi 5 jam pada malam sebelum hari pendermaan.

5. Tiada masalah kesihatan.

6. Tidak mengambil sebarang ubat-ubatan

    Tidak mengambil antibiotik dalam tempoh 7 hari sebelum hari pendermaan

     Sila rujuk pegawai perubatan bertugas untuk ubat-ubatan lain.

7. Telah mengambil makanan sebelum menderma darah (tidak berpuasa)

8. Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut:

  Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual)

              Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)

              Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial / pelacur

              Bertukar-tukar pasangan hubungan jenis

              Mengambil dadah secara suntikan

              Menjadi pasangan hubungan jenis kepada mana-mana golongan di atas.

9. Pendermaan terakhir sekurang-kurangnya 3 bulan untuk penderma darah penuh (whole blood), dan 2  minggu untuk penderma aferesis.

10.Untuk penderma wanita:

         Tidak mengandung.

              Tidak datang haid.

              Tidak menyusukan anak.

11.Jangan menderma darah jika anda:

         Pernah tinggal di United Kingdom (England, Northern Ireland, Scotland, Wales, Isle of Man atau 

        Channel Island) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan atau lebih

           Pernah tinggal di benua Eropah dari tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh 6 bulan atau lebih.

Related Posts with Thumbnails