Selamat Datang Ke Blog Pencinta Lelaki. Buatlah Macam Rumah Sendiri, Ya!!!! =)

Khusus untuk sesiapa sahaja yang menyukai, dan menyintai lelaki. Penulis blog ini amat menyukai lelaki yang baik hati, berfikiran terbuka dan merendah diri.

Gambar-gambar yang berada di dalam blog ini adalah lelaki-lelaki yang penulis blog ini minati. Sekiranya gambar anda terselit dalam blog ini, dan anda mahu saya buang gambar anda dari blog ini, sila nyatakan tajuk dan tarikh yang berkenaan.

Sebarang cadangan dan pendapat sila hubungi tentangakukaudandia@yahoo.com

Followers

Haiya 'Alassolah ...

Sekiranya anda seorang gay, sila nyatakan posisi anda?

Thursday, September 24, 2009

Lelaki lembut boleh berubah jadi normal

Oleh Halina Mohd Noor

Remaja berisiko terjebak gejala homoseksual perlu luah perasaan, dapatkan bantuan pakar

REMAJA yang mendapati dirinya mula ‘menyukai’ rakan sejenis perlu segera ‘melawan’ perasaan tidak sihat berkenaan dengan mendapatkan bantuan orang dipercayai seperti kaunselor. Memendam sendiri perasaan aneh itu hanya membuatkan mereka lebih cenderung terjebak dengan aktiviti tidak sihat seperti homoseksual.

Pakar Bedah Urologi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Dr Badrul Hisham Bahadzor, berkata menyukai teman sebaya atau teman baik adalah perkara biasa di kalangan remaja. Bagaimanapun, tindakan segera perlu diambil sekiranya perasaan berkenaan bertukar ke arah seksual kerana ia boleh diperbetulkan.

“Perasaan ini tentu saja menimbulkan kekeliruan dan tekanan kepada remaja. Bukan sesuatu yang pelik jika sepasang rakan baik sentiasa kelihatan bersama walau ke mana juga, tetapi seandainya perasaan itu bertukar, remaja perlu berkongsi apa yang dialami dengan orang yang dipercayai seperti ibu bapa atau kaunselor.

“Meluahkan perasaan yang dipendam dapat membantu meringankan beban dan tekanan dialami,” katanya ketika ditemui pada Seminar Kesihatan Reproduksi Remaja bertema Remaja Bijak Jauhi Gejala Seksual di Auditorium HUKM, Cheras baru-baru ini.

Seminar yang dihadiri pelajar berusia 13 hingga 18 tahun dari pelbagai sekolah sekitar Kuala Lumpur itu dianjurkan bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat, Persatuan Kesihatan Ibu dan Bayi Malaysia (Mamaneh 2000), Disiplin Obstetrik dan Ginekologi (O&G), Jabatan Kejururawatan HUKM dan Persatuan Mahasiswa Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Majlis perasmian disempurnakan, Dekan Fakulti Perubatan HUKM, Prof Datuk Dr Lokman Saim. Turut menyampaikan ceramah, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj dan Penganalisis Jenayah, Kamal Afendi.

Dr Badrul berkata, perasaan berkenaan bukan sesuatu yang pelik kerana remaja sebenarnya sedang mencari identiti diri. Tanpa bimbingan daripada keluarga seperti ibu bapa atau kaunselor, berkemungkinan besar mereka memilih identiti yang bertentangan dengan sifat semula jadi.

“Masyarakat juga tidak seharusnya dengan mudah memberikan gelaran negatif kepada golongan ini. Lelaki lembut atau perempuan dengan penampilan tomboi tidak seharusnya terus dicop sebagai gay atau lesbian oleh masyarakat.

“Secara fizikal, mereka nampak saja begitu, tetapi jika dibantu, hakikatnya mereka boleh berubah. Kebanyakan golongan ini bila meningkat dewasa hakikatnya lebih berminat dengan heterokseksual (hubungan lelaki dan wanita),” katanya.

Selain mendapatkan nasihat dan pandangan keluarga atau pakar, remaja perlu mempunyai disiplin diri bagi mengatasi masalah ini. Bantuan dan kawalan daripada guru juga dapat membantu aktiviti kurang sihat di kalangan pelajar sekolah. Sama seperti hubungan kelamin biasa, hubungan sesama jenis terutama yang membabitkan bahagian anus (dubur) lebih berisiko tinggi mendapat penyakit jangkitan kelamin.

“Bahagian anus tidak sesuai untuk tujuan melakukan hubungan seks kerana sifat fizikalnya hanya berfungsi untuk membuang air besar. Hubungan seks melalui kawasan ini menyebabkan bahagian berkenaan luka dan mudah merebakkan virus atau kuman penyakit herpes, HIV/Aids, sifilis, gonorea dan sebagainya. Semua penyakit ini tidak ada penawarnya melainkan hanya sebagai ubat menahan sakit,” katanya.

Mereka yang dijangkiti penyakit jangkitan kelamin mengalami tanda seperti sakit ketika membuang air kecil, sakit perut, ruam pada kemaluan, bintik seakan lebihan isi pada hujung zakar, luka pada kemaluan atau ada cairan keluar daripada kemaluan. Kelewatan mendapatkan rawatan boleh mengancam nyawa dan menyebabkan barah pada kemaluan.

“Walaupun di Malaysia belum ada kajian mengenai bilangan sebenar penyakit kelamin di kalangan remaja, berdasarkan kajian di Barat, satu daripada empat remaja yang aktif seks dijangkiti penyakit jangkitan kelamin.

“Sebaiknya remaja mengamalkan hubungan sihat dengan ciri menghormati antara satu sama lain, kejujuran, bertanggungjawab dan bertimbang rasa. Paling penting, tentukan had dalam hubungan dengan garis panduan agama dan budaya,” katanya.

Sumber : Berita Harian

No comments:

Related Posts with Thumbnails