Selamat Datang Ke Blog Pencinta Lelaki. Buatlah Macam Rumah Sendiri, Ya!!!! =)

Khusus untuk sesiapa sahaja yang menyukai, dan menyintai lelaki. Penulis blog ini amat menyukai lelaki yang baik hati, berfikiran terbuka dan merendah diri.

Gambar-gambar yang berada di dalam blog ini adalah lelaki-lelaki yang penulis blog ini minati. Sekiranya gambar anda terselit dalam blog ini, dan anda mahu saya buang gambar anda dari blog ini, sila nyatakan tajuk dan tarikh yang berkenaan.

Sebarang cadangan dan pendapat sila hubungi tentangakukaudandia@yahoo.com

Followers

Haiya 'Alassolah ...

Sekiranya anda seorang gay, sila nyatakan posisi anda?

Tuesday, September 29, 2009

Sensasi Derma Organ

ARKIB : 09/10/2007

UTUSAN MALAYSIA

Sensasi derma organ

Oleh SHAIKH MOHD. SAIFUDDEEN SHAIKH MOHD. SALLEH

Subjek pendermaan organ dan tisu adalah satu perkara yang amat hampir dengan diri penulis. Segala-galanya bermula pada tahun 1998 apabila penulis diberi tugasan untuk memberikan maklumat mengenai perspektif Islam terhadap pendermaan organ.

Kini ia menjadi satu perjuangan peribadi. Setiap kali diminta oleh pihak Pusat Sumber Transplan Nasional (NTRC), Institut Jantung Negara (IJN) atau mana-mana pihak yang berkaitan untuk memberikan penerangan tentang isu ini, penulis tidak pernah menolak jika tidak bertindih dengan program lain. Ini kerana penulis melihat isu ini sebagai amat penting dan perlu sentiasa diketengahkan kepada masyarakat.

Sememangnya suatu perkara yang didambakan oleh kami yang berusaha untuk memberikan maklumat tepat tentang pendermaan organ adalah penglibatan pihak media massa. Tidak dinafikan media massa memainkan satu peranan yang besar dalam menjayakan kempen seumpama itu. Ini kerana capaian media massa adalah begitu meluas. Justeru, kerjasama pihak media memang diperlukan.

Peranan yang dimainkan oleh media massa amat jelas. Tanpa penglibatan media massa baik media cetak mahupun media elektronik, orang ramai mungkin tidak akan sedar tentang kepentingan pendermaan organ dalam menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukan. Pemindahan organ adalah satu ikhtiar bagi pesakit-pesakit yang mengalami kegagalan organ peringkat akhir. Ia memberi sinar harapan baru kepada pesakit-pesakit seperti Muhammad Fikri Nor Azmi dan Tee Hui Yee.

Pun begitu, kita dapati bahawa isu pendermaan organ ini seolah-olah seperti isu yang bermusim yang ada pasang surutnya.

Namun pada hakikatnya, keperluan terhadap pendermaan organ bukanlah satu isu yang bermusim. Seperti yang telah dilaporkan, setiap tahun negara memerlukan sehingga 1,200 buah pinggang, 700 kornea mata, 450 jantung dan 200 hati untuk dipindahkan kepada pesakit-pesakit yang memerlukan. Ini adalah realiti yang berlaku saban hari. Penantian pesakit-pesakit ini berterusan setiap hari sehinggalah mereka menerima organ dan tisu baru. Itu pun jika mereka bernasib baik. Ada di antara pesakit-pesakit yang mengalami kegagalan organ peringkat akhir yang menemui ajal kerana ketiadaan organ untuk dipindahkan bagi menggantikan organ mereka yang telah rosak.

Justeru, menjadi suatu kewajaran agar berita tentang keperluan kepada pendermaan organ ini dihebahkan dan diserantakan secara berterusan dan bukannya secara bermusim. Penghebahan dan penyerantaan secara berterusan ini akan membantu mewujudkan dan seterusnya meningkatkan kesedaran tentang penderitaan segelintir ahli masyarakat yang amat mengharapkan agar ada insan yang prihatin untuk mendermakan organ.

Bagaimanapun, usaha yang dijalankan oleh pihak media terutamanya Utusan Malaysia dalam menghebahkan berita tentang nasib Tee Hui Yee perlu dipuji. Apa yang disampaikan di dada akhbar Utusan Malaysia itu seperti satu terapi kejutan kepada masyarakat. Bagi mereka yang mungkin tidak sedar langsung tentang kepentingan rawatan pemindahan organ yang memerlukan kepada pendermaan organ, berita seperti ini boleh mengejutkan mereka daripada lena.

Cuma yang penulis harapkan adalah wujud kesederhanaan di pihak pengamal media di negara kita ketika mengejar sesuatu berita. Kita tidak nafikan wujudnya kepentingan dan keperluan pengamal media untuk mendapatkan berita bagi diuar-uarkan kepada ahli masyarakat. Janganlah terlalu ghairah melupakan sensitiviti dan emosi mereka yang terlibat secara langsung dengan perkara tersebut.

Penulis tidak nafikan kepentingan untuk menonjolkan contoh-contoh terpuji dalam masyarakat. Tindakan menderma organ seperti yang dilakukan oleh keluarga di Perak sememangnya suatu tindakan yang mulia. Dan pastinya kisah seperti ini perlu dihebahkan sebagai teladan dan contoh ikutan.

Bagaimanapun, mereka juga insan yang punya perasaan. Carilah masa dan keadaan yang sesuai untuk mengetengahkan kisah mereka. Jika kita tidak melihat pendermaan organ sebagai isu bermusim, penulis yakin kisah seperti ini boleh diceritakan pada bila-bila masa. Tunggulah sehingga mereka bersedia.

Namun, jika ahli keluarga ini memilih untuk tidak menghebahkan amal kebajikan mereka, seharusnya kita hormati pendirian mereka. Ini kerana amalan kebajikan seharusnya tidak diheboh-hebohkan.

Dalam kita berusaha untuk menyebarluaskan berita tentang pendermaan organ, perlu ada keseimbangan dan kesederhanaan. Jangan terlalu ghairah dan jangan pula terlalu dingin dengan isu pendermaan organ. Jangan pula sampai tugas penting yang dijalankan oleh pasukan perubatan terganggu. Pasukan perubatan ini melakukan satu tugas yang penuh mulia. Biarlah mereka menjalankan tugas mereka dengan tenang dan tanpa gangguan.

Bagi pengamal media, penulis syorkan supaya menanti kenyataan rasmi dan sidang media yang dibuat oleh pihak yang berkaitan.

Bagi penulis, usaha penyerantaan mengenai isu pendermaan organ tidak wajar disensasikan oleh sesiapa. Pendermaan organ adalah satu tindakan yang mulia dan terpuji yang dilakukan dengan ikhlas untuk menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukan organ tersebut. Andai kita semua memahami hakikat ini, kita akan dapat melihat isu pendermaan organ ini sebagai satu isu yang perlu ditangani dengan penuh tanggungjawab, berhemah dan berhikmah oleh semua pihak.

* SHAIKH MOHD. SAIFUDDEEN SHAIKH MOHD. SALLEH ialah Pengarah Eksekutif, Yayasan Ilmuwan yang giat menjalankan kempen derma organ.

No comments:

Related Posts with Thumbnails